Friday, 9 March 2012

Blogger Pilihan WAMOZUWAHA


Assalamualaikum dan salam Jumaat. Pertama sekali nak mintak maaf kepada Awie Omar sebab minggu lepas sangat busy dan tak sempat nak buat segmen imuniti tu. Mujur tak tersingkir. Kalau tersingkir memang gua dah kena nyanyi lagu "percayaaa.. pada diri dengan harapan dann... keyakinannnn ohoooooo" *sambil tarik beg roda sebesar anak gajah masuk gaung*

Disebabkan jadual yang terhad, *lepas ni member ajak nak pi makan jagung bakar kat tepi UNITEN*, so aku sempat senaraikan 5 blogger pilihan aku yang menjadi blog wajib singgah.


Sejak aku kenal Mama Kembar 3 ni aku terus bookmark blog mama dan follow dan selalu baca bila mama update entri. Sejujurnya kalau tak sempat nak baca, aku akan ambil satu masa yang sesuai untuk membaca secara marathon dan menonton segala video kembar yang ada kat blog mama. Perkara yang paling best kat blog mama adalah gegambar cute 3 kembar - Fahmi, Fauzi dan Faris, dan gaya penulisan beliau. Senang paham, mudah baca dan tak perlu ulang 2-3 kali. Gua admit yang otak gua ni kalau bab membaca "agak" lembap. Ayat kat blog gua ni macam ayat keling sket. So, sebab tu tak semua penulisan yang gua baca gua akan paham terus. *you see??? gua rasa ayat yang gua taip tadi macam ayat keling jer. Kbai.*


Blog ni memang popular tak payah disangkal lagi lah. Gua suka baca blog ni sebab memang cukup berinformasi tentang info kesihatan dan gaya hidup dan juga lengkap dengan video-video senaman memudahkan para pembaca blog ini faham dengan apa yang ingin disampaikan penulis. Oleh itu, mari-marilah berkunjung ke blog ini.


Ni blog kakak gua weh. Sejak kebelakangan ini gua dah selalu jenguk blog beliau sebab dah banyak dah post entri mengalahkan gua lagi. Bakal bertukar kepada blog masakan. Of kos laa semua masakan beliau sedap dan berselera. Resepi terbaru beliau yang amat jarang orang lain buat adalah kimchi. Minggu depan gua akan bawak sebekas kimchi ke kolej untuk makan sambil menonton drama korea. Baru feel. Tetiba otak gua terfikir untuk buat bisnes jual kimchi kat sesape yang nak beli. HAHAHA.. Ramai kot yang suka makan sebab memang budak-budak universiti ni suka tengok korea.


Beliau adalah salah seorang peserta Next Top Blogger 2012. Pesaing gua yang telah mendapatkan imuniti. Blog dia memang best dan idea beliau sangat banyak untuk menghapdet blog. Tak macam gua, pemalas nak update pastu takde idea, then bila update merapu entah hapa-hapa. Hahaha.. Good luck kepada Hafeesz dan semoga berjaya.


Blog Brader HamiAsraff ni memang dah cukup popularlah sekarang ni. Blog yang cukup bermotivasi dan banyak ilmu, pandangan, buah fikiran, persoalan, yang bermain di fikiran kita setelah kita baca blog ini. Gaya penulisan blog Hami ni memang sesuai sangatlah kalau dibuat buku travelog. Gua memang support kalau Hami buat buku. Support dalam erti kata bakal membeli buku beliau dan mendoakan kejayaan buku beliau. Hehe.. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Supportlah jugak blog gua dengan mengkelik apa yang patut. Kbai.

"ye ye jap nak habiskan satu perenggan journal lagi ni", *tipu sunat kepada member*

Nampaknya kawan gua dah memanggil gua, so gua chow dulu. Kbai untuk kali kedua.

13 comments:

  1. selalu usha blog HamiAsraff... Hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan baca blog Hami.. membuatkan kita berfikir tentang kehidupan.

      Delete
  2. ada jugak blog yang disenaraikan di atas akak baca, ada yang tak pernah baca...

    ReplyDelete
  3. fine blog aku takde.

    *bakar blog WAMOZUWAHA*

    ReplyDelete
  4. Terima kasih buat tugasan yang diberi. apapun imuniti bergantung kepada kelima lima blogger di atas. adakah mereka akan datang baca dan tengok entri "NTB1-episod9" dan beri komen? harap2 mereka datang. Harap wan faham dengan tugasan minggu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh macam tu ke?? -_-" *nampaknya tak dapat laa imuniti minggu ni*

      Delete
  5. senang macam ni lah wan, paling banyak dapat komen entri macam ni dia dapat imuniti. tak kisah sape komen asal bukan aku dan wan sendiri ok :)

    ReplyDelete
  6. senaraikan blog sy? thanks yer :)

    ReplyDelete
  7. blog aku pun tak der...kekekekke
    bakar..bakar juga

    ReplyDelete