Tuesday, 21 February 2012

Simpan Kenangan Dalam Hati, Bukan Dalam Kotak!!!



Semalam aku telah anjurkan gotong royong perdana yang paling besar dalam hidup aku. Gotong royong di bilik 244 Blok Delima. Memang banyak kotak-kotak buku yang berat nak mampuih, kotak-kotak baju, seluar dan pakaian-pakaian lain, kotak fail-fail dan surat-surat mesyuarat, kotak-kotak souvenir yang kengkawan bagi dan piala-piala anugerah, pangkat duniawi semua tu (eceece.. aktifnya dia..). Memang seharian buat QC kat bilik sendiri. Ala-ala cam audit ISO lah.

Masa buat pemilihan tu memang mencabar sebab tak tahu nak simpan kertas apa, nak buang kertas apa. Tapi ikutkan hati memang sayang nak buang sebab memang kertas-kertas tu kebanyakannya jawaban tutorial, kertas test, exam, nota-nota kuliah yang berterabur dan banyak lagi. 

Semalam masa asingkan nota tu sampai tak tahu nak bezakan nota -nota tu subjek apa. Semua matematik. Lagi-lagi kalau Aljabar Linear dengan Vektor Analisis kot yang aku pening tu. Memang bertuah punya student matematik sampai tak tahu subjek apa. Terpujikan aku.?? Haha.

Itu buku teks REAL ANALYSIS yang aku pinjam dari Ahmad Shah. Tak pulang-pulang lagi. Maaf Bro. Subjek yang aku repeat paper sebab fail, dan selepas ambik kali kedua tetap jugak gua tak paham subjek ni pasal apa. Tapi yang kali kedua tu lulus lah. Haha.


Banyak gila file dan kertas dari kem-kem dan kursus-kursus yang aku attend. Semua aku simpan kenkonon nak buat kenangan hari tua. Kemain lagi sentimental value la katakan. Tetiba tak larat nak simpan value itu, ke tong sampah la segala-galanya. Tempek gambar kat blog je lah yer.



Nak dah masuk plastik hitam dah. Bersedia ke pelupusan lah jawabnya yer. Hehe. Tu tutorial yang aku fotostat dari senior. Kelihatan seperti subjek Differential Equation. Kannn..



Yang ni surat-surat mesyuarat dan minit mesyuarat masa aku jadi MTM kat Kolej Keenam dulu. Sekarang dah pencen dah. Eh, tapi tu bukan surat aku. Tu surat yang aku kena bagi kat orang-orang tu tapi tak terbagi sebab apa ntah. Patutlah diorang tak datang time event hari tu. Demm..!!



Dulu aku jugak Bendahari Kelab Penyayang. Tapi dah kena pecat notis 24 jam. Kena tulis surat untuk perletakan jawatan. Kalau nak pecat, pecat je lah. Ni nak suruh aku tulis surat letak jawatan plak. Aku dengan penolong bendahari kena pecat sebab dah dua kali tak attend meeting yang diorang buat. Busy la. Kat kolej banyak program. Korang plak nak meeting tetiap minggu. Aku tak attend meeting pon aku buat kerja beb. Laporan kewangan semua siap weh. Now kertas-kertas ni dah aku buang. Sape suruh tak datang tuntut.!!



Ni adalah tag-tag program yang aku join. Ada banyak lagi sebenarnya. Ni je yang masih terselamat. Ada yang aku buat jugak. Yang cantek tu aku buat eh. Hahaha.. Tak lah, aku tak reti pon buat benda ni. Kekeke..


Konfius nak buang ke tak. Last-last sekali buang jugak. -__-"


Tragisnya sebagai student yang otak lembap bila belajar matematik. Sila tengok di bucu bahagian atas kanan kertas jawapan. Banyak tak markah yang gua dapat????? Ni pon subjek yang gua repeat. Lepas gua repeat gua dapat B+ . Okey, tak yah nak bangga sangat sebab orang lain dapat A.


Terjumpa salinan kad pengenalan yang lama time ni tak tukar lagi kad pengenalan. Hehehe.. Gua dari kecik lagi muka innocent dan cute comel (WTQ???) Gua dari kecik lagi pakai baju petak-petak okeh.. Perasan tak kat gambar aku tu telinga aku sebelah panjang sebelah lagi pendek?? Gua baru perasan. Kita memang tak simetri kan..




Ni pulak time minggu orientasi kena ambil tandatangan senior seramai 50 ke 100 entah dah lupa. Ni je yang berjaya gua kumpul. Last-last tak kena denda sebab event Malam Tunas Budaya (MTB) masa tu K6 dapat johan.


Ni pulak tandatangan Pembantu Universiti (Fasilitator)


Hasil dari ISO dan QC di bulik gua. Kena ada hati yang kental dan bijak membuat keputusan barulah dapat buat benda-benda ni. Kalau tak memanglah still simpan semua benda yang memberatkan kotak, menyemakkan bilik je.

Ok. Sekian terima kasih sebab sudi membaca. Bye. :)

p/s: Aku jumpa sepucuk surat. Surat memberi semangat. Nak tahu dari sape?? Tunggu next entry yer..

5 comments:

  1. tula.. bila dok kemas2 camni, jumpa abes sgala kenangan.. ada sesetengah tu macam x sampai hati nak buang tapi klaw x buang,menyemakla pulak..HAHA..

    ReplyDelete
  2. Baru perasan header baru. Weh kau pakai kamera apa? Gambar edit cantik.

    ReplyDelete
  3. Kekeke..buat surat tak hantau . Tapi aku minat baju petak kau....

    ReplyDelete
  4. aku ada adik. budak U gak. Kat bilik kat kampung bersepah kotak kotak semua barang2 die. Entah bila die nak wat QC lak.

    ReplyDelete