Tuesday, 7 February 2012

Puisi Malam: Adakah Aku Gila?



Nampak tak tajuk entri ni?

Tengok tajuk pun dah tahu serupa orang tekanan perasaan.


Aku banyak beristighfar.

Mohon dosa ini diampunkan oleh-Nya.

Kadangkala ketika beristighfar air bertakung di kelopak mata.

Jatuh ke pipi, lalu aku sapu.

Tak mahu dilihat orang.

Bukan malu.

Tapi tak mahu orang tertanya-tanya kenapa.


Aku banyak berfikir.

Masalah kecil. Masalah besar.

Semua aku fikir.

Bersusun-susun bagai menunggu turn.

Walau banyak mana sekalipun aku fikir.

Namun tak juga jumpa jalan penyelesaian.

Fikir tinggal fikir.

Otak jadi sakit.

Hati jadi perit.

Ketawa, senyum jadi hipokrit.


Aku suka bercakap.

Tapi aku selalu senyap.

Aku tak tahu kenapa mulut ini berat.

Untuk bahagian ini, aku benci diri sendiri.


Aku rasa aku ada tekanan jiwa.

Jika tak dibendung dan dirawat mungkin akan jadi gila.

Bila dah gila aku dah tak perlu fikir apa-apa.

Tapi jadi gila bukan tiket untuk masuk syurga.

So,  kalau boleh aku tak nak jadi gila.


Aku sedang berperang dengan nafsu.

Nafsu yang bergelora. Menggelegak.

Aku harap aku tak mudah tewas.

Ini hanya permainan dunia.

DUNIA semata.

Aku harus kawal segalanya.

Marah. Benci. Dendam. Dengki.

Semua itu aku harus buang.

Buang jauh-jauh dari diri.


Coretan ini tertaip di kala mata tak bisa dilelapkan.

Tidur tak bisa dilenakan.

Walaupun malam ini paling aman.

(Sebab nyamuk tak lagi menyerang)

Namun susah mata untuk terpejam.

Hmmm.. Barangkali sebab tadi dah tidur 11 jam.


WanZulqhairi, 2012


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

  1. menarik luahan rasa ni... betul tulus ikhlas dari hati!

    ReplyDelete