Wednesday, 1 February 2012

NOVEL KELABU. JIWANG. SIMPLE. SEMPOI.


Assalamualaikum. 

KELABU. Novel yang pertama aku baca sampai rasa tak nak online, tak nak makan. Syabas kepada Nadia Khan sebab penulisan anda sangat best. Yang aku boleh describe pasal penulisan dia adalah sangat sempoi, bahasa yang mudah faham dan ikhlas. SIMPLE. Yes simple but nice. Ayat-ayat dia tak terlalu puitis sampai meleret-leret entah ke mana-mana. Kalau dia nak cakap watak dalam novel tu serabut dia cakap je serabut. Dia takkan cakap "lahar jiwa membahang atmaku, ombak di dada kian terpukul.... bla bla bla damn segala."

Aku dah tertarik dengan novel ni. Rasa rugi je sebab dah habis baca. Now aku dah boring balik sebab tak ada novel serupa ini yang aku boleh baca. Aku gila novel ni sampai kawan aku sound aku "ko ni tak habis-habis dengan kelabu koo!!!" (-__-") . 

Ya. Memang jiwa aku macam ni. Suka baca yang simple. Tak meleret. Kalau boleh aku nak yang sesimple mungkin. Romantik but simple. Jiwang boleh, but tak meleret-leret. Kalau penulisan blog plak aku akan wajib baca blog ni. everythingisfineinheaven. Aku lebih suka baca personal blog. Blog yang luah dari hati. Aku try nak buat blog aku ni macam tu. Tapi apakan daya, bakat tiada. (T_____T") Haha.

Oleh itu, bagi sesiapa yang nak baca novel tapi tak suka dengan ayat-ayat yang sangat bombastik aku rasa KELABU lah yang korang cari. Aku sebenarnya tengah mencari-cari lagi novel yang penulisan begini. Tapi dah tak jumpa. Sape satu geng ngan aku yang minat baca novel macam ni?? Nanti suggestkan novel-novel yang macam ni kat aku eh. Thanks. :)







12 comments:

  1. hoh~hari tuh dah pernah nampak kat bookstore...ermmm~noni suka hlovate..bhsa yg dy guna mostly bhs pasar..sempoi aje..

    ReplyDelete
  2. salam,

    untuk novel2 yang sewaktu dengan kelabu ni, yang ayat tak bombastik belit, ko beli novel2 lain yang FIXI punya. cadangan aku, ko beli- pecah, jerat, kougar. semua 3 super best.

    ReplyDelete
  3. Pecah (Khairulnizam Bakeri) pun ayat sng2 fhm. P la baca nnt. :)

    ReplyDelete
  4. Sometimes aku rasa Kelabu ni agak meleret dan rasa-rasanya macam tak berpadanan dgn ketebalannya untuk sampaikan keseluruhan cerita dgn baik.

    Walaubagaimana pun aku mmg suka stail penulisan Nadia Khan. Rileks, sempoi dan membuat pembaca masuk ke dalam dunia Amir.

    Setuju tak kalau aku bilang endingnya a bit tergantung. Its unclear sebenarnya siapa yg Amir pilih at the end of the day. Kan?

    Hehehehe...

    =)

    ReplyDelete
  5. mana nk dptkn novel nie?? ramai ckp best..terigin tuk memilikinye..huhuhu

    ReplyDelete
  6. beli kat mana? share skit! looks good

    ReplyDelete
  7. buku2 terbitan fixi semua terbaik!

    ReplyDelete
  8. rase terdetik kat hati org yg tak berapa suka baca novel nak baca novel ni.

    ReplyDelete
  9. hey. aku beli 5 novel buku fixi. novel novel tu banyak guna bahasa lucah(terutama zombijaya dan pecah).nak bagi pinjam sepupu aku yang 15 tahun ke bawah aku jadi segan.

    ReplyDelete
  10. baru beli novel ni.heee..tp belum bace lg. :)

    ReplyDelete
  11. jarang lelaki baca novel .. pepon nice book :)

    ReplyDelete