Saturday, 18 February 2012

KURSUS FALAK SYARIE 2012

Assalamualaikum warohmatullah wabarokaatuh.

Pada 17 Februari 2012 (Jumaat), penulis bersama beberapa orang sahabat yang lain (Shah, Uthman, Haafiz, Hafizuddin, dan Ariff) telah menghadiri KURSUS FALAK SYARIE 2012 SESI 1 bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Turut menghadiri kursus ini adalah para hakim, peguam, dan staf-staf di jabatan mahkamah syariah tersebut. -BeritaWamozuwaha.

Alhamdulillah, rasa macam bertuah sangat dapat pergi kursus ni. Banyak ilmu tentang dunia dan alam semesta yang aku dapat. Pasal galaksi, pasal matahari, bumi, bulan, bintang dan yang lagi menyeronokkan semua kejadian alam semesta ini penceramah mengaitkan dengan kebesaran Allah yang maha Esa. Subhanallah.

Penceramah pada kursus itu yang juga seorang pensyarah di Jabatan Matematik, Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail telah merumuskan secara menyeluruh bagaimana kejadian alam ini dan perkaitannya dengan Allah SWT. Penceramah  juga telah menyentuh beberapa isu tentang penipuan besar yang telah dilakukan oleh orang barat terhadap ilmuan Islam terdahulu. Segala teori-teori, rumus-rumus matematik, formula, hukum-hukum fizik yang korang belajar dalam buku teks itu adalah berasal dari cendekiawan Muslim dan ilmu itu dicedok kembali oleh orang-orang barat lalu mereka mengatakan ilmu itu adalah hasil kajian mereka. Memang satu penipuan yang amat besar okeh.

Banyak lagi lah yang penceramah bagi input kat kami semua. Dan walaupun ceramah ni ada dua sesi, dan kedua-dua sesi masing-masing selama 2 jam, tapi aku tak mengantuk pun. Langsung tidak membosankan.



Mata sepet bukan beerti gua cocok collagen. Itu sebenarnya gua tidur sangat nyenyak.

Bangunan hadapan Mahkamah Syariah.

Shah, Ariff, Que, Uthman, Haafiz. PhotoG: Hafizuddin.

Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Besar dan cantik wooo..!!

Dalam masjid. 

Masjid Wilayah dari pintu hadapan masjid.

Time ni diorang tengah beli ais krim kat depan masjid. Haha.

Selepas Solat Jumaat. Berehat sebentar sebelum masuk bilik taklimat dengar ceramah untuk bahagian kedua.

Permandangan di hadapan Masjid. Depan masjid ada kolam besar punyerr.. 

Kbai. Wassalam.

“Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7”

10 comments:

  1. apesal gambar nak feeling2 vintage nih? haha..aci tak aku komen gambar jek

    ReplyDelete
  2. gambar smart! lawa masjid tu

    ReplyDelete
  3. Untungla dapat pi kursus macam tu.. teringin jugak nk pi kursus falak tu.. HUHU

    ReplyDelete
  4. Gambar tak nak lagi lawa kan..haish~~

    ReplyDelete
  5. pernah ikut JAWI berkursus kat Masjid Wilayah. Memang teramat cantik tenang dan bersih masjid tu.

    ReplyDelete
  6. ni semua muke2 belia benci dadah!

    ReplyDelete