Wednesday, 15 February 2012

Jauh Perjalanan, Sakit di Tangan, Hati pun Senang



Aku cuti lebih kurang 10 bulan. Gila 10 bulan?? Ingat cuti mengandung ka? Sebulan ja weh.
Dua minggu di UPM, seminggu di kampung, seminggu lagi merayau-rayau.
Seperti biasa kalau balik kampung, stok makanan mesti bawak separuh beg.
Ada biskut, milo, susu, meggi, dan macam-macam yang sebenarnya bersepah-sepah ada kat sekitar Serdang.
Sebenarnya kat kampung ada kedai runcit. Tak yah risau. 
Ambik je tak yah bayar. Kedai bapak aku punyer.
Tapi korang kena bayarlah. Aku free ja. Kekeke..


Sebelum mai UPM, aku pi singgah Penang. Rumah sis aku.
Time pergi Penang aku bawak dua kotak makanan.
Satu kotak ada makanan aku dan satu kotak lagi keropok lekor.
Kotak besar giler weh, sebesar tempayan. Ya ampun sangat berat.
Masa pi Penang tu aku duk risau la kotak ni janganlah ada orang curi.
Siap letak nama ngan nombor telefon lagi. 
Twitter name tak bagi plak. Lupa.
Masa pi Penang tu lega dapat buang sket makanan kat situ.
Keropok lekor aku bawak RM60.
Campak kat Penang RM10.
Ada baki lagi RM50. -__-"


Masa nak bertolak ke KL, dapatlah reduce jadi satu kotak je.
Satu kotak lagi tu hanya berisi keropok lekor. 
Segala makanan, megi, milo, susu plak aku sumbat dalam beg pakaian.
Aku ni tak pernah turun dekat Pudu Sentral. Ni first time kot.


Time nak naik bas Metro dari Pudu Sentral ke Stesen bas metro tu kenalah jalan jauh sket.
Dalam perjalanan tu aku rasa tangan aku kena siat-siat ngan tali rafia.
Ye, aku ikat kotak yang berat tu dengan tali rafia. Tak dak tali lain dah.
Mujurlah kotak tu tak koyak sebab keropok tu baru keluar freezer.
Aku berhenti dalam 10 kali jugaklah untuk sampai kat bas Metro tuh.
Mujurlah ada jalan pedastrian, tapi ada jugak motor ngn bas yang tak reti.
Dah tahu ada orang hensem jalan kaki bawak kotak nak jugak dia lalu laju-laju. 


Biasanya kalau cuti, bas metro ni malas nak masuk dekat hentian bas kolej.
Kawan aku dah banyak kali kena. Bas tu campak dia kat roundabout Masjid UPM ja.
Gila jauh. Tu dekat Fakulti Engineering weiiii... Mampos la camni.
Aku orang last turun. Aku dah nampak pak cik tu tengok-tengok aku dekat cermin.
Aku wat bodoh je, buat-buat tak dengar sebab sumbat earfon.
Akhirnya pakcik tu masuk dalam dekat dengan pak guard kolej.
Aku pun turun dengan bangga membawak beg dan kotak keropok lekor.
Dari pak guard tu pon banyak kali jugak berhenti nak sampai kolej.
Mujurlah tangan aku ni sangat kuat sebab dah biasa angkat dumbell 10kg.
Kekekeke... aku rasa keropok lekor tu dalam 25 kg kot. (-__-")


Akhirnya keropok lekor itu sampai dekat orang yang mengidam.
dan hajat aku nak bagi kat member pun kesampaian.
Hatiku pun amat girang.
Malam tu aku tidur dengan senang.



7 comments:

  1. amboi semangat dari jauh bawak eropok lekor tu ye

    ReplyDelete
  2. windu plak ngn kepok leko...aummm

    ReplyDelete
  3. Singgah ke sini sebentar. Nak jemput tengok entri ini.
    http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html
    terima kasih kerana bersama NTB1.

    ReplyDelete
  4. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete
  5. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete