Saturday, 25 February 2012

Hilang Fokus



Assalamualaikum. Salam 3 Rabiul Akhir 1433 (check tarikh kat henfon murah)

Hai semorang. Bangun-bangun. Malam tadi belum pukul 12.00am aku dah siap-siap landing atas katil weh. Dua tiga minggu nih mata takleh nak stay up sangat. Nape entah dah tak strong macam muda-muda dulu. (Ececehh). Aku rasa sebab duk berkawan dengan si Zul tuh. Dia pukul 11.00 malam dah tidur dah. Dia plak berjangkit dengan geng-geng nenek-nenek (kemain ayat berganda) kat kampung dia tu. Dia memang selalu lepak ngan geng tiga nenda janda kat kampung dia tuh. Kuat bergossip tuhhh..

Ok dah stop mengumpat. Now nak cerita pasal buku yang tebal kat atas tu. Sila tepuk tangan sebab berjaya mendecorate dengan pen warna warni. (padahal tak guna pun pen tu sebab sayang takut dakwat habis). Tetiap malam duk mengadap buku ni sebab tu lah asyik mengantuk jekk.. Dah tak tahu camne nak fokus bila baca buku ni. Aku ni kan kadang-kadang time baca buku pun boleh berkhayal benda-benda lain. 

Contohnya aku tengah baca satu ayat ni, tetiba sambil membaca, otak aku tengah berkhayal naik kereta honda putih la, tengah shopping la.. Sambil baca pon sempat lagi berkhayal. Nape entah otak ni camni. Dah baca doa dah. Setan ni asyik kacau jugak.

Kalau nak cakap aku ni tak cukup rehat cam tipu jek. Mungkin otak letih. Mungkin jugak tempat tak sesuai kot. Bilik dah kemas gila taraf lima bintang dah (ramai yang cakap bilik aku paling kemas. ecehh). Nanti nak try pergi baca buku ni kat masjid/surau lah. Mungkin boleh concentrate kat sana. Kat library sah-sah tak leh nak concentrate. Nape entah tak tahu. 10 minit pertama jek boleh fokus. Cam budak-budak pulak.

Kalau dulu masa buat latihan ke tutorial ke, satu dua soalan je fokus, lepas tu mulalah duk kacau orang, melukis, main game la macam-macam.

Kenapa dengan aku nihhhhhhhhhhhhhhhhhhh... fokus! fokus! fokus!. fokus tu apa??? -___-" . Memang tak pernah pun fokus. Kecuali bila menghedit gambar kat adobe atau buat design. Tak tahu camne nak apply bila baca buku.

Aku harap, ini bukan penyakit kronik. Perlu ke jumpa kaunselor.?? 





5 comments:

  1. huaaahahaha sayang kan nak guna pen tuh. hakhak!

    ReplyDelete
  2. Aku mmg payah nk fokus klaw dalam kelas and mengadap buku akademik.. HAHA

    ReplyDelete
  3. Zul tu kije dia buat tahi mata je heheheh....emmm sebab tu la buku aq dah setahun x hantar2 kan asyik fokus2 bila nak habis baca hahahaha

    ReplyDelete
  4. huhu..cmne ntah nk pokus..saye pun jenis xleh pokus..suke menerawang:)

    ReplyDelete
  5. sedewasanya aku, perangai budak budak tu masih tetap ada.

    ReplyDelete