Saturday, 11 February 2012

Hati Berduka? Jom Berceria


Assalamualaikum. Wah. Lama giler tak hapdet blog. Rasa blog ni dah berhantu dah. Hahaha. Jangan risau, kedatangan gua pada kali ini akan mengusir hantu-hantu tersebut dengan entri terbaru. Come, come, baca meh. Untuk korang semua.

Entri ni sesuai untuk semua orang. Terutamanya yang sedang meleleh-leleh. Woww.. Apa yang meleleh?? Haha. Meleleh air mata lah. Yang sedang berduka lara dan merana. Putus chenta, boyfriend lari, kena kutuk ngan member, kena rotan cikgu dan sebagainya. Meh baca sat tips yang "agak" berguna ini.

*Di samping membuat solat hajat, berzikir dan membaca al-Quran, tips kat bawah ni anda boleh buat sejurus selepas membuat perkara-perkara itu eh. Tips gua ni kira macam nak bagi extra cerialah*

1. Bukak youtube. Pergi ja kat memana video yang korang suka. Jap, jangan play lagi. Video tu bukan tumpuan utama ya. Scroll mouse anda ke bawah. Pi baca komen start dari mula sampai akhir. Konpem anda akan pecah mulut. Lebih-lebih lagi kalau video tu berkenaan dengan Fasha Sandha ke, dan artis seangkatan dengan dia. Gerenti akan ada komen yang macam *erkhhkkkkkhhhhhhh* kat bawah tu.

2. Sesape yang ada adik yang sekolah rendah. Lelaki lagi bagus. Cer korang ambik buku karangan diorang. Baca dan menghayati dengan mendalam. Konfem lawak gila cam bajet bagus jek karangan dia. Padahal ayat tunggang langgang. Kalau yang cakap loghat tu lagi laaaaa ntah apa-apa ejaannya. Fail bahasa. Takpe. Bila dah besar nanti kemain semorang ayat jenjiwang tak hengat.

OkBai. Nak makan kopok lekor. Sekian. -___-"


4 comments:

  1. idea bukak youtube n baca komen tu aku suka..HAHA

    ReplyDelete
  2. Ahahaha, nice tips! Jangan lupa share lekor itu dengan saya! ^___^

    ReplyDelete
  3. bukak youtube tgok maharaja lawak..hehehe

    ReplyDelete
  4. sorry lambat nak review blog ni

    ReplyDelete