Tuesday, 28 February 2012

Carta #10 : Revolusi Header Blog WAMOZUWAHA


Disebabkan gua terpaksa buat assignment yang berkisarkan carta 10 untuk segmen Next Top Blogger 2012, so gua pikir, punya pikir gua tak ada idea langsung nak buat pasal apa. Masa pun sangat tidak mengizinkan untuk gua berfikir apa tajuk yang sesuai yang gua boleh update dalam masa yang singkat. Tetibe je gua terlintas nak buat pasal revolusi header kat blog gua. Sebabnya, dari awal penubuhan blog ni memang banyak kali dah gua design header blog dan tukar mengikut peredaran semasa (cheeewahhh).

Susunan ni adalah susunan yang gua rasa paling gua suka dan yang last tu gua tak suka sampai bila-bila tapi gua pun tak tahu camne gua dapat ilham buat header camtu. Hehehe.. Selamat membaca. 


#1 : Header Lirikan Mata Rona Jingga 

Ni header yang gua suka dan ramai jugak orang lain suka. Pernah dipuji oleh Bro Hami Asraff. (Bangga sekejap). Header ni jugaklah header yang paling simple yang gua pernah buat tetapi gua puas hati sampai ke jantung, peparu, pankreas segalanya. Gambar muka sekerat ini sebenarnya gambar passport. Haha.. Agak-agak mata tu ada iras sesape tak??? =__="



#2 : Header Merah Warna Kerusi, Biru Warna Baju.

Header ni gua guna masa segala blog-blog orang lain nak up. Time ni memang banyak blog-blog pemes muncul. Blog gua pulak tak pemes-pemes. Eh, memang tak nak pemes pon. Header ni gua suka jugak. Gua rasa cam gua nak guna balik lah header ni sat lagi. Tapi malu sebab rambut gua dalam header ni tak terurus. Header ni pon simple jek. Main-main dengan font, kaler, shadow, dan biasa-biasa je. 



#3 : Header Lakaran Bangunan serta Kata-kata Inspirasi.

Header ni gua cipta masa zaman kegemilangan header yang ada tempat tweet kita kat twitter tu. Depan burung tu lah keluarnya segala tweet-tweet gua. Gua ni tak reti nak melukis dengan paint. So, oleh sebab itu, gambar lakaran background tu sebenarnya hasil yang gua cari kat google.com. Bukan senang nak pilih gambar yang betol-betol sesuai nak dijadikan header yang tak seberapa cantik ini. Hehehe..
 


#4 : Header Papan Hitan dan Penunggunya.


Header ni pun header yang bertweet. Tweetnya keluar kat papan hitam tu. Gua rasa header ni sangatlah tak menarik dan biasa jek. So gua letak sekejap je kat blog. Gambar anak patung tu gua pon tak tahu apa motifnya. Tapi gua suka tulisan wamozuwaha tu dan kaler dia. Just nice je lah. Tapi yang lain ntah hapa-hapa je..



#5 : Header Alam Sekitar.

Header ni gua hasilkan semasa member gua suruh gua cipta logo untuk syarikat dia. Aceli assignment group dia untuk perbentangan bisnes pertanian. So, gua terpaksalah guna elemen-elemen pokok serta hijau untuk buat logo dia. Tiba-tiba, termuncul di benak otak gua untuk buat header. So jadilah header yang ada gambar tuan blog yang hanya seciput sahaja serta dikelilingi rerama yang langsung tidak menarik warnanya. Hahaha.. 




#6 : Header Belang Serta Papan Tanda. 


Header ni baru lagi. Aceli header ni gua buat sekali dengan template blog jalur-jalur. So nampak sekata dan nice je lah. Template tu aku belajar kat banyak blog. Then aku ada tanya kat member aku jugak. Ilham namanya. Beliau sangat hebat buat template blog. Kat header ni gua suka papan tanda yang tergantung tu. Hehe.. Tu jek yang gua suka sebenarnya. Yang orang berjalan kat tepi tu sesaje je gua letak sebab tak nak bagi kosong sangat header gua. Hehehe..




#7 : Header Meriah Warna Pelangi.

Gua aceli takde idea nak buat header ni bertemakan apa. Memang pening so gua buat cincai-cincai je. Jadilah camni. Gambar gua tu pon ntah hapa-hapa cam banduan plak gua rasa. Bajet control pfttttttt... Menyampah plak gua tengok gambar sendiri. So, jomlah kita ke next header. -__-"




#8 : Header Korporat Melampau


Header ni serius ntah hapa-hapa. Dengan pakaiannya formal giler cam nak buat website kementerian apa ntah. Tulisan wamozuwaha tu nampak sangat gua dah tak ada idea camne nak decorate so gua biarkan je macam tu then tambah sket efek cam tulisan tu sedang berputar kenkononnya. Padahal biasa jek. Tak smart langsung. -__-"




#9 : Header Berlife Jacket.

Kalau korang perasan header ni gua tengah pakai life jacket sebenarnya. Tapi ramai jugak lah yang tak perasan. Header yang cam kat bawah ni kita panggil header simple but buruk. Kan. hahaha... Kenkadang bila tak ada ilham buat header, main ceconteng camtu jek. Lepas tu malas nak tambah-tambah lagi, gua biarkan camtu jek. Save dalam keadaan tergantung tak bertali.



#10 : Header Muka Cacing.

Korang nampak kat mana muka cacing. Time ni fefeling tak nak tunjuk muka kat bloglah. Padahal gambar muka gua bersepah kat tetiap entri. Gua nak design yang simple, nice, sempoi tapi selalu jadi cam horror dan wth (what the huduh). Geram bila buat header kat diri sendiri idea macam tersekat tak boleh nak keluar. Always macam ni. Buat kalau nak buat untuk orang lain kemain semangat waja sampai diri sendiri jeles dengan header yang aku buat kat orang lain. Geram tau.. Hehehhe..

Sekian sahaja carta blog wamozuwaha. Semoga terhibur dan yang baik boleh dijadikan ilham untuk blog-blog anda. Yang buruk boleh dijadikan sempadan. hehehe.. Thanks. :)

p/s: Gua memang tak reti nak design blog untuk blog sendiri. Tapi bila nak design untuk orang lain memang gua buat bersungguh-sungguh dan lepas tu gua pulak terpikat dengan design yang gua buat kat member gua tuh. (-__-")

16 comments:

  1. Replies
    1. suka yang lakaran tu eh?? tapi gua pon xreti melakar.

      Delete
  2. Terima kasih sudi buat tugasan yang diberi. Idea yang menarik sekali. setiap bulan ke tukar header? Ke tak kira masa, rasa nak tukar, tukar? Apapun yang no.1 tu memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah. gigih la kalau tetiap bulan.. bila boring je tukar lah.

      Delete
  3. cantik semua koleksi header2 awak! Mas paling suka yang nombor 2...nampak elegan dan eksklusif!

    buatkan header utk Mas satu...heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak yang suka header tu akceli.. hehe

      Delete
  4. minta tolong buat boleh?? suka style papan tanda tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tapi tak sure la boleh buat smart ke tak.hehe.

      Delete
    2. kalo nak minta buat yang style number 6 tuu perlu gamba ke juga? hehe!
      huhu! best2!!

      Delete
  5. wahhhhh header depa semua lawa lawa laaaa O__O


    segannya org prmpuan cm km header simple, hahaha.

    ReplyDelete
  6. Ush, comel2 blako nih, tp aku pilih yang no.9 tuh comel. tulisan kreatif supo nge tuan dio.
    Streamyx Registration

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaah.. tuan dio tok kreatif mano eh..

      Delete
  7. sbnrnya dalam banyak headher kat ats nun, yg no 1 tu paling menarik tau..sungguh..teringin nak buat headher cenggitu, tp tak pandai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau saya free saya boleh buatkan. Tapi takut tak menepati citarasa je.. Huhu.. nanti emailkan gmbr kat email ni. qhairihasan@gmail.com

      Delete
  8. Semua header u semakin lama semakin gempak!!!
    Aku juga yag amik free header kat internet..kekekek

    ReplyDelete