Friday, 24 February 2012

Bersiar-siar Membayar Hutang Dengan Zip Terbuka



Perkara di atas adalah dirujuk (perkara di atas tu adalah tajuk)

  1. Selasa minggu lepas aku bersama kawan-kawan pergi makan di gerai-gerai makan depan UNITEN.
  2. Aku makan bubur nasi. Harganya RM3. Memang best. Tapi makan semangkok je.
  3. Pulang ke bilik dengan girang dan hati yang senang sebab kenyang.
  4. 2-3 hari selepas itu, tiba-tiba entah kenapa gua teringat yang aku pasal bubur nasi yang aku makan hari tu. (demm ayat bangla apa ni? malas nak edit balik, go on je lah ek)
  5. Macam ada yang tak kena.
  6. Tup tup... Aku dapat rasa yang aku tak bayar pun makanan yang aku makan itu.
  7. Sebab aku langsung tidak teringat peristiwa pembayaran kepada tuan kedai.
  8. Lalu aku berhasrat untuk pergi lagi dan membayar hutang.
  9. Pada hari ini, aku pun ke sana.
  10. Pergi ke kedai bubur nasi itu.
  11. Lalu aku mengorder bubur nasi dan kawan aku order bihun sup.
  12. Kami makan dengan sopan santun dan bergaya (sambil berpeluh)
  13. Selesai makan, aku nak pi bayar dan aku menceritakan tentang perihal minggu lepas yang terlupa bayar.
  14. Lalu brader itu menghalalkan bubur nasi yang aku terlupa bayar itu.
  15. Tenkiu bro. Jasamu ku kenang.
  16. Pulang dengan hati yang senang dan terasa tiada beban lagi.
  17. Sampai di bilik. Online twitter, melawak-lawak dengan kengkawan twitter. (tapi takde yang melayan aku!)
  18. Ingin mandi dan menggosok gigi, cuci muka dan shampoo rambut.
  19. Tup-tup time aku nak bukak seluar, baru perasan seluar jeans yang aku pakai tidak berzip. (_ _||)
  20. Beribu sesalan pun dah tak guna. Naseb baek pakai boxer. Kbai.

2 comments: