Monday, 27 February 2012

Aku Kongsi Kisah Ini Kerana Allah Ta'ala


Assalamualaikum. Sebelum ni aku ada post entri tentang filem Hafalan Shalat Delisa di entri ini (KLIK). Dalam filem ni ada satu lagu runut yang sangat best. Lagunya sedih. Tentang ibu. Bila teringat kat Mak, aku dengar lagu ni. Sejak kebelakangan ni aku sentimental sikit. Tension fikir pasal banyak benda. Hari tu pasal aku tak boleh nak register master sebab tak dapat surat senat. Tapi sekarang semua dah settle. Alhamdulillah. Yuran pun dah bayar.

Now, pasal sewa kolej pulak. Ya Allah, mahalnya. RM5.50 satu hari. Kena bayar untuk satu semester terus. Dulu RM3.50 je sehari. Then masa aku sewa waktu cuti hari tu RM4.00 je. Tiba-tiba bila dah jadi student master jadi RM5.50. Kasihanilah kami ni. Biasiswa tak ada, pinjaman pun tak dapat. Mak ngan ayah kat kampung kerja biasa-biasa je. Tak sampai hati nak mintak duit lagi. Yuran study pun mintak ngan parents. 

Aku percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Aku berdoa agar Allah tetapkan hati aku untuk meneruskan pengajian ini. Aku amat bersyukur sebab terpilih untuk berada dalam kalangan pengkaji kitab-Mu ya Allah. Tak semua orang berpeluang berbuat demikian. Aku tak akan lepaskan peluang ini Ya Allah.


Dulu sebelum aku ke matrikulasi, aku sebenarnya pergi ke interview untuk masuk Darul Quran (DQ) under UIA tu. Dalam interview tu aku buat biasa-biasa je sebab takut dapat. Then memang aku tak dapat. Lepas tu ada jugak rasa sedih sebab kawan-kawan lain dapat. Beberapa hari lepas tu, ustazah ada jumpa aku. Dia suruh aku buat rayuan ke DQ. Dulu ada senior-senior yang buat rayuan semua dapat pergi. 


Aku rasa serba salah. Nak pergi ke tak. Dalam masa yang sama aku dengan beberapa kawan yang lain dapat pergi matrikulasi. Malam tu aku tidur, aku bermimpi aku ada dalam kelas bersama dengan kawan-kawan aku yang dapat ke matrikulasi tu. Dengan mimpi ini, aku terus buat keputusan untuk pergi ke Matrikulasi.


Then, aku cakap kat ustazah aku yang aku nak pergi matrikulasi. Pendirian aku teguh. Dulu pernah juga aku menyesal sebab tak buat rayuan ke Darul Quran. Tetapi sekarang nak menyesal pun dah tak guna. Semua yang berlaku ada hikmah. Hikmahnya banyak benda aku pelajari dalam melalui pahit manis dan cabaran dalam kehidupan aku selama ini. Ada ketika aku jatuh, gagal, tiada sokongan, keseorangan, ditindas, diherdik, ditikam belakang macam-macam lagi. Allah menguji aku dengan ujian-ujian ini kerana Allah tahu aku dapat mengatasinya dengan waras dan bertindak sewajarnya.


p/s: Aku tak minta belas simpati malah aku tak suka dilayan sebegitu. Aku tak minta untuk dikagumi kerana aku tak layak untuk itu. Aku kongsikan kisah ini hanya untuk pengajaran kita bersama kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah. (WanZulqhairi, 2012)

Di saat kita rindukan ibu bapa kita, sedekahkan al-Fatihah tak kira lah mereka masih hidup mahupun sudah tiada. Jom hayati lagu ni.



Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku



9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu



tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x) 


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku



indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu



tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x

ibuuuuuuuuuu........ (3x)



“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”


5 comments:

  1. Semua ni ada hikmah..Xkan di berikan hambanya dugaan yang tidak dapat di pikul oleh hambanya(harap2 betul ayat tu)...
    akan ada kemanisan di sebalik kepahitan..
    akan ada gelak tawa di sebalik tangisan..
    akan ada ibu ayah, kekawan di sebalik dugaan..
    keep strong...

    ReplyDelete
  2. semuanya da hikmah...cuma lambat atau cepat hikmah tue muncul.....banyakkan solat dhuha dan jugak berdoa.....insyaAllah akan dipermudahkan-Nya....all the best and goodluck...!

    p/s : movie dan lagu sama-sama best :))

    ReplyDelete
  3. Maaf sebab baru hari ni dapat post komen

    ReplyDelete
  4. Salam, nk tny mcm mne senior2 buat rayuan dn dtrima? Sy x lps intview dn nk sgt msuk dq...hrp dpt bntu...

    ReplyDelete
  5. Salam, nk tny mcm mne senior2 buat rayuan dn dtrima? Sy x lps intview dn nk sgt msuk dq...hrp dpt bntu...

    ReplyDelete