Saturday, 28 January 2012

Tabiat Bila Naik Bus



Sekarang aku duk dalam bas. So kiranya korang ni mendapat liputan khas dari aku, live dari dalam bas Sani Ekspress (perlukah?). Tabiat aku bila nak naik bas balik kampung halaman desa terchenta segala, aku akan naik sebelah malam. Aku tak suka naik bas sesiang. Tak feel. Hahaha. (perluke nak feel feel bagai? naik bas je pon!).


Alasannya sebab kalau naik bas malam, masa aku akan lagi jimat (sejak bila pulak reti nak menghargai masa bagai nih?). Kenapa jimat? Sebab bila malam aku akan tidur. So kalau duk dalam bas pon aku tidur jugak. Kalau siang aku ni jarang tidur (yeke??), tapi bila naik bas siang aku wajib jugak akan tidur sebab tak tahu dah nak buat apa.


Kalau duk dalam bas, aku lagi suka duk seat single sebab aku kan masih single and available (ececehh dan dan). Kalau duk seat double pon okey. Tapi takut kalau sebelahnya perempuan. I kan pemalu. Takut nanti time dia tidur tiba-tiba terpeluk aku sebab dia ingatkan aku ni bantal peluk. So nak wat caner? Redha ke pasrah?? Hahaha..


Lagi satu aku tak suka sangat naik bas yang banyak sangat berhenti dan tukar-tukar bas. Fed up okeh. Nak tukar-tukar pulak. Bawak jelah sampai kat destinasi. Kalau tukar bas yang lagi elok tak hape. Ini tukar bas entah hape-hape. Buruk tu jangan cakap ah. Bumbung tu tunggu masa je nak melayang. Nak tido pon takkan aman. Nak lelap pon payah okeh. Inikan pula nak mimpi-mimpi best segala. Haha.


Oklah. Aku dah ngantuk nih. Good night eh. Bye.


Published with Blogger-droid v2.0.2

3 comments:

  1. last merasa naik baik bulan lepas. itupun company punya gi kursus kat kelantan.

    ReplyDelete