Thursday, 26 January 2012

Sistem Tol dalam Adat Perkahwinan

Pada hari Sabtu lepas (21 Januari 2012) Aku, Zul dan Eri pergi ke Johor. Nak pergi kenduri kahwin coursemate perempuan diorang. Aku hanya peneman diorang je. Kami pergi dengan kereta. Menginap rumah Najib coursemate diorang jugak. Rumah Najib memang malatop. Kemas giler. Tak sangka si Najib ni simpan koleksi komik Mutiara Naga dengan apa ntah komik satu lagi. 

Hari pertama sampai kat sana kami pergi ke Pantai Desaru. Kami pergi mandi manda. Yang bestnya sebab dapat jumpa pantai. Yang tak bestnya ombak besar giler. Bendera merah nak naik tapi kami still pergi mandi jugak. Rugi kot kalau sampai sana pastu tak mandi. Tapi lagi rugi kalau mandi then mati kelemasan. Huhu..

Then hari kedua kami bertolaklah ke rumah pengantin di Kluang. Ambik masa dua jam jugaklah. Jarang aku attend kenduri kahwin nih. Kalau kat pantai timur kenduri cam biasa-biasa je. Tapi lain kalau kat Johor. Aku baru dapat tahu satu adat yang diorang amalkan dalam perkahwinan iaitu sistem tol.

Sistem tol ini dikenakan kepada pihak pengantin lelaki yang bertandan ke rumah pengantin perempuan. Bermula dari pintu gerbang, sehinggalah ke pelamin, pengantin lelaki perlu membayar tol kepada sesiapa sahaja yang menghalang laluannya untuk berjumpa pengantin perempuan. Memang ramai yang mintak okeh. So, kena standby banyak-banyak duitlah dalam sampul untuk bagi kat diorang semua. 

Hari tu aku nak ambik jugak tol dari pengantin lelaki tetapi macam segan. Haha. Sebelum ni memang aku tak pernah tahu benda-benda ni semua. So, sesiapa yang kahwin dengan gadis-gadis kelahiran Johor kenalah stanby duit tol banyak-banyak yer.. Hehehe..








7 comments:

  1. bleh r g knduri kawen kawan yg tgl johor pasni..

    ReplyDelete
  2. Bancrupt pengantin lelaki kalau macam ni.

    ReplyDelete
  3. Kat Penang dah xdak budaya macam tu..btw, cantek ah gambaq2 tu suma.. :)

    ReplyDelete
  4. adat tol ini menjadi kebanggaan orang johor..sebab perempuan johor terbaik dari ladang..so..sape2 nak mengorat orang johor..bersiap lah..

    ReplyDelete
  5. dah jarang adat macam ni digunakan sekarang

    ReplyDelete
  6. Meriah ler bro... dengan adanya adat Tol nie...
    Contoh Video yang di pertik dari Facebook...
    http://www.facebook.com/photo.php?v=483813734977297&set=vb.100000460249256&type=2&theater

    ReplyDelete
  7. Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu.

    ReplyDelete