Saturday, 7 January 2012

Salam Takziah Buat Kawanku


Assalamualaikum.

Yang pergi tetap kena pergi bila sudah tiba masanya. Kita yang masih ada nyawa ini perlulah redha dan terima segala takdir yang telah ditentukan olehNya. Allah lebih menyayangi insan itu. Sabarlah wahai sahabatku. Waktu yang sukar ini kamu telah melaluinya dengan penuh tabah. Nasib aku belum tentu lagi. Di saat ini wajah ibuku bermain di fikiran. Aku tidak kuat jika hal ini berlaku terhadap diriku. Aku masih belum berbakti apa-apa terhadap ibuku, malah aku rasakan telah banyak menyusahkan ibu. 

Setiap kali aku menerima berita kematian dalam ahli keluarga kawan-kawanku, tanganku berasa berat untuk menaip sms mengucapkan takziah. Bagiku dengan hanya ayat takziah sms, aku rasakan semua itu tidak dapat menguatkan kawanku. Dengan ucapan semoga tabah itu juga tidak dapat memulihkan keadaan yang dialaminya. Walaupun aku tahu pada saat ini dia memerlukan sokongan dari kawan-kawan, tapi aku tak berkeyakinan untuk sms sebab takut dia akan lagi sedih.

Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar dia dan keluarga dapat mengharunginya dengan redha. Redha dengan pemergian bondanya yang tercinta. Jika kita rasa kehilangan dan rasa keseorangan, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita walau apa jua keadaan sekalipun.

Untuk sahabatku Kak Shida, aku harap beliau baik-baik sahaja. Susahkan nak terima kenyataan.! Perit, pedih, terasa diri kita sangat kosong. Jantung kita bagaikan luruh bila mendengar berita kehilangan insan tercinta. Sabarlah. Jangan bersedih. Perpisahan ini hanya sementara. Mak Kak Shida tengah tunggu Kak Shida kat dalam Syurga Allah. InsyaAllah. Sentiasalah doakan kesejahteraan arwah di sana. Bila rindu, sedekahkan al-Fatihah dan buatlah perkara yang membuatkan mak bahagia di sana. Mak kak Shida ada, Cuma tiada di dunia je sebab urusan mak telah selesai di dunia.

Setakat ini sahaja ucapan dari Que untuk Kak Shida. Que harap kak Shida kuat di samping keluarga yang lain dan kawan-kawan. Ikhlas dari Que.

1 comment:

  1. yg pasti aku pun belum bersedia utk menerima dugaan seberat ini..

    sama lah juga kepada aku, jenis yg berat untuk ucap takziah sebab takut menyedihkan lagi keadaan.

    namun apa pun, kepada kak shida :
    semoga Allah menempatkan ibu mu di kalangan org yg beriman Insya Allah..
    semoga kak shida senantiasa kuat..amiin.

    ReplyDelete