Friday, 13 January 2012

Rabun itu Cool


Kerabunan adalah hak milik gua. Mata gua tak nampak bila nak tengok benda jauh. Oleh itu, gua telah memakai cermin mata bermula dari tingkatan lima. Dulu memang sangat teruja bila boleh pakai spek. Rasa macam nak tayang satu dunia yang gua ada spek walaupun murah. Semorang nak terai sepek gua ini. Gua tahu diorang semua jeles sebab gua hensem bila pakai sepek. *pada ketika itu gua hensem*

Namun masa telah berlalu begitu deras. Sederas air yang mengalir di Sungai Lui. (watde???). Beberapa transformasi telah berlaku dalam kehidupan gua. Gua mulai malas nak pakai spek sebab tidak yakin dengan imej berspek. Mungkin spek yang gua pakai tu tidak sesuai dengan muka gua. So, nak beli spek baru adalah satu pembaziran bagi gua. 

Gua pun buat keputusan yang drastik untuk memakai contact lens. Dulu gua kerap pakai contact lens. Gua pakai yang colourless. Yang warna pon ada. Tapi sekarang dah tak ada yang warna sebab macam menyerlah sangat. Lagi satu sebab gua dah yakin yang iris mata gua ni dah cukup macho untuk gadis-gadis di luar sana terpikat. T__T" Sila mengalirkan air mata wahai gegadis semua. Hahaha.

Tetapi, makin lama gua dah malas nak pakai lens pulak. Sebab mata gua jadi pedih + susah nak tidur siang segala. Kalau setakat tidur 3-4 minit tu boleh lagi. Tapi gua ni kalau sekali tidur tak sampai 3 jam memang tak sah. Kena guling-guling, sampai jatuh katil baru puas. So, sekarang gua pun dah jarang pakai contact lens.

Sekarang mata gua ni tak pakai apa-apa. Sebab itu kalau jalan, gua tak dapat cam sesape. Dah banyak insiden berlaku disebabkan kerabunan mata gua.
  1. Gua pergi angkat tangan entah kat pak cik mana yang naik motor. Time tu gua jenjalan ngan kengkawan gua baru balik jogging. (T__T") . Mesti pak cik tu pelik giler time tu. Gua ingatkan pakcik tu kawan gua.
  2. Masa gua sedang exercise sambil baring kat padang, ada sorang pompuan ni tegur gua. "Eh, apesal baring kat situ, kotorlah". Gua memang penuh dengan kehairanan dan memang hairan tahap gila babas tapi gua tak balas pun sapaan dia. Namun hati gua berkata, "Ishhh.. sape dia plak minah ni nak tegur-tegur gua nih. Nak ngorat pun jangan lah time-time camni." Then rupa-rupanya dia adalah kawan gua, budak junior. =__="
  3. Gua jenjalan baru balik dari kuliah. Then gua nampak ada sorang perempuan berbaju kurung yang jalan bertentangan dengan gua. Lalu gua pun jalan tunduk sebab gua ni spesis pemalu. Lalu perempuan tu semakin dekat dan dia pun menyergah gua dengan kuatnya sambil berkata, "Woiiiiiii, hang tak nampak aku ka??" "Ya, Allah, sorry weii aku tak nampak hang". Dan beliau adalah kawan gua yang selalu lepak hari hari, keluar sesame tetiap hari, bergurau hari-hari. Nasiblah Jenab oiii..
  4. Semalam gua lepak ngan kengkawan gua. Then gua ternampak ada sorang minah ni keluar dari blok sambil pegang benda kat tangan. Gua tanya kawan gua, "budak tu pegang periuk ka??". Then kawan gua jawab, "Hotakkk kau periuk, helmet la mangkok..!!" -___-"
Dan banyak lagi peristiwa yang sewaktu dengannya. Memang banyak. So, gua pun tak tahu macamana nak mengatasi benda ini. Gua taknak pakai spek. Selain daripada gua ni jadi kurang hensem kalau pakai spek, gua jugak perasan bila pakai spek, spek itu akan jadi senget sebelah. Gua rasa hidung gua ni tak betul ke apa ntah. Ke spek gua tu murah??? *memang pon*

Tapi gua rasa rabun itu cool lah.. Ok, itu ja. Bye.


6 comments:

  1. rabun buat cara rabun..
    rabun tu tak cool okay..haha..auta byk la hg nie..Bila rabun tu Allah tarik nikmat kita melihat..jadi sentiasalah bersyukur dan hargai apa yg ada..huhuhu

    ReplyDelete
  2. menarik jugak citer ko. aku dulu xpakai spek. tiba lepas habis skolah tingktn 5 baru pakai spek. so kalau jumpa member2 & cikgu2 sekolah semua tak cam aku! mmg sedih

    ReplyDelete
  3. ahaha... kita sama spesies la. Rabun. Tapi sangat beruntung laki bila saya tak pakai spek sebab semua akan nampak encem. :-p

    ReplyDelete
  4. lawak lah bile part yg saah orang tuh , nak gelak kuat kuat , mangkuk yang disangka adalah helmet . hahaa

    ReplyDelete
  5. rabun memang cool sebab aku pun rabun jauh. Tak nak pakai spek dan tak pernah pakai lens (sebab tak pandai jaga silap silap boleh dapat jangkitan mata).

    Selamat pagi. Have a nice day. Ada masa singgah la sini.
    http://awieomar.blogspot.com/2011/02/sentuhan-kecundang.html

    ReplyDelete
  6. aku terasa nom 3 ittew seperti aku lah mangsa nya..hahaha

    gila ka wei helmet mcm periuk..hg punya mata sangat dasyat..

    ReplyDelete