Sunday, 1 January 2012

Perutusan di Awal Tahun


Jam menunjukkan pukul 3:11AM, bertarikh 01/01/2012. Tak payah nak gembira sangat bila masuk tahun baru. 03/01/2012 ni ada final exam. Berhappy new yearlah kau dengan nota-nota dan kertas-kertas yang dipenuhi formula dan equations. Aku bersyukur di saat aku tersungkur pada 2011, ada insan yang sanggup membimbing aku sampai ke tahap yang aku sendiri tidak percaya aku pun boleh berada di tahap ini. Aku bangga dengan diri aku. Dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan hati beliau dan mereka semua.

Di saat orang lain meraikan tahun baru, aku di bilik menelan sebiji panadol. Sekadar wasilah. Segala ketentuan hanya dengan kehendakNya. Harap esok aku bisa lagi menghirup udara segar 2012 dan melihat sinar mentari 2012. Walaupun tahun dah berganjak ke hadapan, tapi usiaku tetap 22 tahun sebab belum sampai di tarikh kelahiranku. Alam 20-an ini memang amat perlu berkira-kira dengan usia. Aku masih lagi memilih untuk single walaupun kawan-kawan lain ada yang dah mendirikan rumah tangga dan dah jadi bapa. Biarkan. Itu rezeki dan kebahagiaan mereka. Semoga perkahwinan berkekalan.

Mati semakin hampir. Kiamat semakin dekat. Aku harap iman kita semua masih lagi teguh dan tidak bergoyang. Pabila berada di saat kebuntuan, berselawatlah dan ucaplah kata-kata istighfar. Semoga landasan kita kembali lurus dan tidak menjurus ke kancah hina. Kepada yang sedang bercouple, kahwin lah cepat. Jangan risaukan kewangan. Allah pasti membantu niat murni kalian semua. Yang penting, hindari dosa dan maksiat yang sekarang makin bersepah merata.

Akhir sekali, jaga akhlak. Jaga tingkah laku. Jaga kata-kata. Jangan berbangga dengan dosa yang anda lakukan. Jangan takabbur. Jangan sombong. Jangan sesekali berbangga jika anda berjaya berubah dari seorang yang alim menjadi jahat dan liar. Sesungguhnya itu bukan pilihan tepat. Semoga berjaya. Sekian terima kasih.



4 comments:

  1. idea masa kurang sihat kan? sumpah tacing! T_T


    gud luck exam!

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 Allah menambahkan rahmat , murahkan rezeki dan menjadikan lu sebagai hamba yang paling Allah sayang...

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru en zul..smoga rezeki di tahun baru lebih baik kan..

    ReplyDelete
  4. Happy new yr que. And good luck in your exams :-)

    ReplyDelete