Monday, 30 January 2012

Penyedut Siput Sedut

Aku dah sampai kat kampung.

Pagi Ahad aku sampai hujan dah turun.

Hujan tak berhenti sehingga ke petang.

Kesian kat penoreh getah tak dapat menoreh.


Kalau korang nak tahu, penoreh getah tak boleh menoreh kalau hujan tau.

Sebab nanti tak mahu susu getah bercampur dengan air hujan.

Kalau dah bercampur tu susahlah susu getah nak beku.


Malam tadi makan siput sedut.

Ada orang bagi. Sape entah. Aku tak kenal.

Best siput sedut itu. Dia masak lemak kuning.

Aku makan kemain susah nak sedut.

Tak biasa makan siput sedut hoiii...

Kat UPM jarang jumpa siput ni.

"sedutlah kuat-kuat sikit" pesan mak aku.

Last-last aku ambik isi siput tu dengan jarum peniti.

Bernas tak otak gua??


Ahh.. Tetiber teringat nak makan kerang bakar pulak...

Bestnyeeeee!!!!!!!!!!! :)


Published with Blogger-droid v2.0.2

4 comments:

  1. misterinya pemberi siput.
    lama juga tak makan siput sedut..

    ReplyDelete
  2. Aiseyh, tetiba tringin plak aku nk makan siput sedut.. :)

    ReplyDelete
  3. ingatkan guna straw nak sedut siput tu hehehe

    ReplyDelete
  4. masak lemak siput sedut..memang best

    ReplyDelete