Friday, 27 January 2012

Orang Pemalas Pon Boleh Kurus Taw!!!


Salam. 

Tadi time nak gi mandi tiba-tiba otak aku ni geliga sekejap mencari idea untuk update blog. Bukan apa, sebelum pergi mandi aku akan menghadap cermin yang sebesar alam gedabak yang berada di depan bilik aku itu. Menghadap sambil menayang body (berbaju dan bertowel okey, naseb baek tak pakai stokin dan handsock jew, busana muslimah sangat. -__-" ). Menilik dari rambut hingga ke kaki sampailah cermin itu merekah dan pecah. (oktipu)

Tiba-tiba aku perasan susuk tubukku ini semakin mengecil. (puji ke kesal nih? -__-" ) . Baru seminggu duk kat kolej, belum lagi sebulan. Aku rasa kalau sebulan mahunya tinggal rangka hidup ja aku ni.

So, aku pun terfikir, bukan susah sebenarnya nak kurus. Walaupun anda ni sememangnya insan yang dilahirkan pemalas, anda boleh sebenarnya nak kurus. Seriusly. Yeah. Serius. Aku memang malas nak keluar makan. Lagi-lagi kalau duk sorang. Tak makan pun tak apa. Minum ayaq ja. So, disebabkan aku dah tahu yang aku ni memang malas yang amat nak start motor untuk beli makanan, aku akan sediakan makanan yang paling berkhasiat di dalam bilik untuk stok kehidupan. Ini sememangnya bekalan dunia dan akhirat aku. Maggie. Berkhasiat bukan???

Bukan maggie ja, ada nesvita dan oat tau. Kalau tidak disebabkan aku malas nak keluar makan, nescaya nesvita dan oat aku itu takkan habis dimakan. Tunggu time-time terdesak dan kegersangan macam ni lah baru terhegeh-hegeh nak makan oat, nesvita segala. Sebenarnya nesvita dan oat ini adalah makanan yang aku beli pada suatu ketika dahulu time semangat nak ada berat badan yang ideal segala. So, time darurat camni lah baru berat badan ideal tu dapat. (Ideal ke sekarang ni??)

Aku rasalah kan, kalaulah nanti aku duk rumah bujang sorang-sorang tak dak bini, then aku ni malas nak masak, rumah pulak jauh dengan rumah kakak-kakak (kalau dekat bolehlah menumpang makan dan menghabiskan makanan kat rumah diorang) mesti aku kurus cekeding macam Osman Kering. Tak sabar untuk aku menunggu pada saat itu.

Tak habis-habis berangan. Okbai. Aku dah nak balik kampung. Dan di kampung tak dak internet sebab rumah aku dalam gua (puak paleolitik, please jangan bayangkan aku pakai cawat segala). So, bakal tidak menghapdet blog untuk jangka masa yang lama. Tak ada maknanya aku nak gi CC nak hapdet blog. Nak gi beli makanan pon malas, inikan nak gi cc. Okbai sekali lagi. Muah. (Ewww!!)

6 comments:

  1. haha! memang kurus kalau macam ni!

    ReplyDelete
  2. bro, lu tak kurus lagi ke, wa ni dah makin naik da

    ReplyDelete
  3. selamat pulang bro..makan banyak2

    ReplyDelete
  4. macam aku duk bujang2 kat perantauan sememamngnya takdenya nak masak2 kat rumah. malas tak terkira. Kalau dah balik rumah dah tak reti dah kuar beli makan. Keturunan malas nak makan gak tapi rajin nak tido.

    ReplyDelete
  5. saya dulu mula2 masuk uitm pon macam tu jugak. duit kena jimat2. so maggi la penyudah nya. tapi xkan asyik makan maggi jer kan. so saya pon minum lah sejenis minuman berkhasiat yang didapati dari water cooler. no calorie ! XD turun sampai 4 kilo for the first month. mmg gila

    ReplyDelete
  6. hahahahaha~ kelakar la u ni~

    ReplyDelete