Wednesday, 11 January 2012

Kitaran Hidup Seorang Pelajar Genius


Alkisah, maka tersebutlah kisah ada seorang pelajar genius. Berikut adalah diari kehidupan beliau yang tersangattttt "sistematik".

  1. 6.30 am - 7.00 am bangun pagi dengan liatnya. Kadang-kadang bangun sendiri. Kadang-kadang terkejut bunyi alarm lagu "I'm Your Man - 2PM".
  2. Dah solat Subuh sambung tidur balik. Nak sambung mimpi tadi. Masa bangun tu kena ingat mimpi tu sampai scene mana, kalau tak mimpi lain plak muncul.
  3. 10.00 am - 11.00 am bangun dengan girangnya. Kadang-kadang bangun sebab ada phone call. Malas angkat sebab suara sangat seksi.
  4. Mandi bukak laptop, online twitter, blog dan FB dengan gigih. Check e-mail yahoo dan google. Check churp-churp. Kalau ada campaign baru post kat group FB. Check nuffnang. Nak tengok tabung iPhone bertambah ke tak.
  5. Pukul 1.00 pm bukak buku. Study kat meja depan laptop, buat tutorial dan latihan sambil dengar alunan k-pop yang jiwang-jiwang dan kadang-kadang terpasang nasyid yang mengasyikkan.
  6. 2.00 pm solat Zohor. Study atas katil plak sambil meniarap. Kadang-kadang sampai terhangguk-hangguk.
  7. 2.30 pm - tertidur sambil peluk bantal yang empuk.
  8. 4.00 pm tersedar sebab Ahjumma Dyla Ahmad call. Ajak pi makan.
  9. Bangun sambil memamai capai tuala dan pi mandi.
  10. Siap-siap, match baju dan seluar serta selipar. Pakai perfume, losyen, deadorant segalanya.. Set rambut. Kalau tak sempat nak set, pakai topi.
  11. Makan dengan penuh kesyukuran.
  12. Balik kolej. Solat Asar.
  13. Online. Belek nota sket-sket.
  14. 6.00 pm. Pergi jogging kalau rajin. Kalau tak workout dalam bilik je. Buat yang macam Mr Amirul ajar. Sampai berpeluh-peluh.
  15. Angkat dumbell sampai nak terputus urat tangan.
  16. 7.00 pm mandi, solat Maghrib. Beribadat. Murajaah al-Furqan. Online. solat Isyak.
  17. 9.00 pm Turun study dengan kengkawan. Kadang-kadang main kad UNO. Gossiping.
  18. 12.00 am. Naik bilik. Online. Youtubing. Time ni buffer laju la berbanding siang hari.
  19. Kalau ada drama Korea yang belum tengok, harus menonton satu episod. Study sket-sket.
  20. 2.00 am pergi tandas cuci muka dan buang apa yang patut.
  21. 2.30 am. tutup lampu dan tidur. zzzzzz..
Begitulah riwayat kehidupan seorang insan genius. (Genius kau kata???) Nan hadooooo nya genius. Kalaulah handphone, kalkulator, water heater, laptop dan kertas-kertas kat meja aku ni ada mulut, dan confirm-confirm aku kena gelak setan ngan diorang. Ngan aku-aku pun nak gelak nih. Oh nampaknya aku dah membazir masa tidur aku. OKBai.

7 comments:

  1. ermmm... hari2 memang camni ek

    ReplyDelete
  2. NEXT TOP BLOGGER 1 AKAN BERMULA
    12 TENGAH MALAM INI (12/01/2012)
    NANTIKAN KEMUNCULANNYA

    SEBELUM TU MEH LAYAN BACA NI
    http://awieomar.blogspot.com/2011/01/10-filem-terbaik-arahan-allahyarham-tan.html

    ReplyDelete
  3. PERINGATAN UNTUK PESERTA NEXT TOP BLOGGER 1
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-1-episod-1.html

    ReplyDelete
  4. hehehehe..panjang jadualnya...

    ReplyDelete
  5. melawat peserta next top blogger!
    good luck ok..

    ReplyDelete
  6. amboi harapuchi...

    patot la kalo aku kol awal hg ehem2 dulu sebelum jawab kol..aku dah agak hg tidoq

    ReplyDelete