Saturday, 7 January 2012

Jogging Dengan Gigih Nescaya Anda Akan Kekal Sihat.



Hi readers.

Hari ni dah masuk hari ke berapa entah aku berjogging dengan gigihnya. Biasalah dah masuk study week konon-kononnya nak releasekan stress pergilah berjogging. Padahal stress jugak masa keluar dari exam hall bila tak dapat jawab. For this semester aku just ambik dua paper. Dan dua-dua paper yang boleh dikatakan tough jugaklah since this paper for final year students. Tapi berlambak je kengkawan aku yang dah ambik paper ni dapat A, aku ni ja yang masih terkial-kial duk mengira dan memahami steps, teori dah formula.

Semalam aku pergi jogging dekat Bukit Ekspo since dekat Padang Kawad tu ramai budak perempuan Kolej Canselor duk bertenggek kat atas kerusi besi yang besar tuh. Kolej diorang kena fogging. So, tanpa arah tuju patutlah diorang mai serang padang kawad. Aku yang tak berapa nak laju berlari ni mulalah merasakan keseganan untuk berlagak taf kat depan diorang. So, aku dengan kawan-kawan buat keputusan nak pergi ke Bukit Ekspo je.

Dalam perjalanan tu mulalah bersembang. Time ni je kami boleh nak bercerita segala news dan gossip yang berlaku kat kengkawan segala. Haha. Biasalah bila dah berjalan dengan wartawan gossip ni sebut je nama sape terus ada cerita-cerita yang tersembunyi. Jangan main-main tau. Hahaha…

So bila dah sampai kat trek tempat nak berjogging tu, aku mulalah melangkah nak berlari. Rupa-rupanya kaki ni tak dapat nak tahan kesakitan. Memang sakit gilerlah. Aku rasa muscle aku ni terkoyak dan nak tumbuh yang baru. Gasaklah aku tibia muscle nak tumbuh yang baru. Sape suruh KPM tak bagi kos medic kat aku. So, untuk tidak menyakitkan lagi muscle aku aku just berjalan je. Nak berjalan pon kena tahan sakit weh.

Lagilah kalau nak duduk bersila or bercangkung memang rasa nak menjerit je. Kening confirm berkerut. Time duduk di antara dua sujud tu memang tahan jelah. Kadang-kadang sampai terpaksa menggenggam tangan sebab sakit. Kalau sakit perut nak berak memang lagi parahlah. Dahlah kat kolej ni tak ada tandas duduk. Nak tak nak bercangkung je lah. Pagi tadi sakit perut. Pukul 5.30 pagi dah bangun pergi melabur. Sabar je lah.

Thanks to my friend coz belikan counterpain. Nanti aku bayar. Berapa entah harga benda ni. Korang buang tanda harga ke? Tapi duit 10sen ada lagi dalam plastic nih. First time kot aku guna benda alah ni. Benda ni untuk relieves muscular aches and pain. Bolehlah bagi kat mak ngan ayah aku nanti. 

p/s: Aku rasa kaki aku sakit sebab tak buat cooling down dengan betul. Coach Hasfalini tak ada nak guide bebudak nih. Haishhh..

2 comments:

  1. x boleh pakai selalu benda tu...baik letak ice kat kaki tu lagi bagus...

    ReplyDelete
  2. apakah?? berak telah menjadi isu hangat untuk post nie..hahaha...

    ReplyDelete