Tuesday, 17 January 2012

Isu Imam Muda Tidak Menjawab Soalan di Twitter.

Salam,

Gua tak kesah kalau korang nak kutuk artis yang pakai seksi sampai tersembul bukit bukau.
Gua tak kesah kalau korang kutuk seorang adik yang melarikan abangnya dari isteri dan anak-anak abangnya itu.
Gua tak kesah kalau korang nak kutuk tukang masak mengubah suai resume untuk jadi juri.
Gua jugak tak kesah kalau korang kutuk tukang lawak yang feeling orang ketawa dengan "lawak" dia.

Tapi gua kesah kalau korang pergi suka hati mengutuk Imam Muda kat twitter, depan-depan pulak tu. Siap mention lagi. Gila ah. Dah rasa hebat sangat ke weh?? Ada yang cakap sombong, ada yang cakap ustaz pilih orang yang tak kawin lagi bila jawab soalan, ada yang cakap ustaz pilih soalan-soalan yang boleh membuatkan ustaz popular je. Ada yang sampai mengamuk bila soalannya tak dijawab lepas tu maki-maki. Memanglah korang ni sangat biadap.

Korang tu dah tak berilmu buatlah cara tak berilmu (gila aku sound direct!!!). Kalau betul-betul nak jawapannya buat cara orang yang betul-betul nak ilmu tu. Ini tak, lepas bagi soalan korang terus korang nak ustaz tu reply soalan korang sejurus selepas tu jugakkan. Piiiirahhhh... Tanya plak kat twitter. Korang tahu tak yang twitter tu boleh tulis 140 words je. So, kadang-kadang jawapan dia memerlukan huraian yang panjang. Kalau salah baca nanti lain pulak tafsirannya.

Kalau korang betul-betul nak tahu jawapan dia korang tak perlulah bersikap yang keterlaluan sampai nak kutuk-kutuk ustaz tu. Apa salah dia kat korang? Twitter dia, dia punya suka lah nak reply soalan mana. Sesuka hati pulak nak suruh ustaz tu pilih soalan-soalan yang bernas-bernas. Pandai-pandailah ustaz nak pilih soalan mana. Dia tahu sebab apa dia jawab soalan itu, dan tak jawab soalan ini. Bagi pendapat akulah, kalau soalan yang diajukan tu dah bernas, pasti orang yang tuju soalan tu dah tahu selok belok pasal jawapan itu. Cuma untuk mendapatkan kepastian. So, rujuklah mana-mana ustaz secara face to face ataupun bukak kitab yang berkaitan. Jangan ingat nak dapat ilmu ni semudah itu. Korang ingat twitter imam muda tu kitab bergerak ke??

Bagi aku tindakan Imam Muda tu betul. Dia selalu jawab soalan yang jawapannya mudah dan tidak mengelirukan. Walaupun soalan tu nampak mudah dan "tidak bernas" tapi nilai jawapan tu bagi seseorang yang bertanya itu sangat penting. Mungkin soalan yang "tak bernas" tu dari seseorang yang masih terumbang ambing dalam agama. So, bila ustaz mengabaikan soalan-soalan dari orang-orang macam ni, apa yang korang dapat rasa bila korang berada di pihak orang itu. Rasa macam terpinggir tak? Dahlah baru nak mengenali agama, tup-tup bila tanya soalan macam ni tak jawab. Tak bernas katanya.

Bagi yang bertanya soalan bernas itu, mungkin orang yang bertanya tu dah ada pegangannya, aqidahnya, cuma nak mendalami je lagi. Oleh itu, janganlah mengharapkan semata-mata jawapan dari twitter imam muda. Banyak lagi sumber yang anda boleh rujuk. Terlalu banyak. Cuma semuanya atas kehendak anda. Tapi saya tak rasa orang yang bertanya soalan bernas ini hanya mengharapkan medium twitter ini kan. Saya tahu anda semua bijak. Ye dak??

Apa pun alasan anda, anda sebenarnya takde hak nak cakap kat imam muda Asyraf tu macam tu. Please be matured. Ada sorang ni cakap kat imam muda sombong sebab tak jawab soalan dia. Speechless aku dibuatnya.. -__________-" . 

Untuk pengetahuan korang, imam muda ada email, blog, dan twitter. Gunakan ketiga-tiga ini sebaik mungkin ye. Kalau rasa soalan tu susah, email je. Sebab huraiannya mungkin panjang. Tak pun lagi mudah pergi jumpa mana-mana ustaz terus. InsyaAllah segala kerumitan akan dapat diatasi.

Aku gak nak mintak maaf kepada seorang hamba Allah ini. Ya, aku dah keterlaluan men"sound" dia. Mungkin itu kelemahan diri saya. Ya, saya perlu memperbaiki lagi diri ini yang kadang-kadang beremosi ini. Saya harap beliau maafkan saya. 


*Thanks Ustaz sebab selalu ajak saya lepak. Cuma saya je segan. Hehe.

7 comments:

  1. bile orang mula mnghina ulama..dunia sudah mula hancus

    ReplyDelete
  2. nanti ajak saya sekali nak melepak ok


    p/s pada yg rasa diri dia tu org x reply tweet, jgn rasa sedih sgt.follower twitter kau bape org je nakbanding dgn follower artis. bepuluh2 ribu kan.kau sanggup ke nak reply twitter setiap seorg sehari.nasiblah kan.tolonglah faham.!!

    ReplyDelete
  3. kadang mereka suke mengomen tanpe berfikir dahulu,main hembos je, ape2 pon sabar la ye. tu imam muda da ajak lepak, ape lagi. hehehe

    gua ade komen blog brader kat blog gua. jangan lupe kutok blog gua plak hehe...
    jom jumpe jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR

    ReplyDelete
  4. diaorang yang cetek ilmu ni dengan ustaz pun nak cari gaduh. Tak faham betullah aku.

    ReplyDelete
  5. salam...


    org kita mmg beremosi bila melibatkan tweter, fb n blog..huhu

    ReplyDelete
  6. cikgu matematik kadang perlu mengkaji lebih dalam untuk menjawab soalan biologi.. :)

    kdg org yg cetek ilmu, mmg senang tunjukkan kecetakkan ilmunya ke khalayak. itu sebab ada org yang tinggi ilmu utk bantu.. :)

    ReplyDelete