Wednesday, 4 January 2012

Insiden Yang Berlaku Sebelum, Semasa dan Selepas Exam

Assalamualaikum. Semalam (3 Januari 2012) first day aku jawab paper final exam. Paper Teori Persamaan dan Pembezaan. Aku punyalah ketar lutut macam nak gi berperang kat dalam hutan. Sangat kecut perut. Antara beberapa insiden yang berlaku sebelum, semasa dan selepas exam adalah:-


  1. Malam sebelum exam tu tak boleh nak tidur. Pejam mata dah rapat tapi kepala still duk ingat rumus-rumus, definition dan jalan pengiraan segala tuh.
  2. Paginya tersedar pukul 5 pagi. Alarm pukul 6 pagi. Tak pernah-pernah bangun lagi awal dari alarm sebelum ni. 
  3. Pergi ke tempat exam seawal 7.45 pagi pinjam motor member. Motor LC Yamaha derr... So cepat je aku sampai kat tempat exam iaitu di Jabatan Matematik.
  4. Sampai kat tempat exam, sorang pun tak ada. Oh, exam start 8.30 pagi.
  5. 5 minit sebelum nak start exam, sakit perut la pulak, memang dah rutin sebelum nak masuk exam akan sakit perut. Tahan je sakit perut itu.
  6. Masuk je dalam bilik aku terus duk kat depan sekali. Bajet nak ambik hati Prof., tak ada maknanyaa..
  7. Dapat kertas soalan, bukak. Phewwwwwww... Siak betul soalan.
  8. Nama je subjek matematik. Gua bawak kalkulator saintifik yang paling canggih berbanding kengkawan gua, rupanya satu soalan je kena kira-kira. Soalan lain semuanya kena bagi penerangan dan definition.. 
  9. Tiba-tiba pulak masa nak jawab tak tahu nak jawab soalan yang mana sebab semua soalan dah pernah buat.
  10. Stuck di tengah jalan sebab lupa formula dan definition. Bantai je definition yang aku reka sendiri. Segala lori, rimau, kerbau semua aku sumbat dalam definition. -__-"
  11. 9.20 dah siap semua soalan. So, kalau keluar awal mesti orang lain tengok aku dengan cuak giler sambil berkata, "pheww hebat giler budak ni dah siap weh." padahal....
  12. Keluar dengan penuh keyakinan sampai terjatuh pen segala.
  13. Then sembang ngan kawan aku sampai nak pukul 12 tengahari. Segala topik dan skema jawapan semua keluar. Siap boleh nak bajet markah dapat berapa tadi. Hahaha. -__-"
  14. Alhamdulillah dapat jawab semua.

2 comments: