Thursday, 26 January 2012

Ini Kisahku. Antara Pengorbanan dan Ketaatan.


Assalamualaikum. Aku nak berkongsi video yang istimewa ini untuk pembaca-pembaca blog Wamozuwaha semua. Walaupun video ni dah lama ditayangkan dan dikeluarkan di facebook, aku rasa masih ramai lagi yang belum menonton. Video ini mengisahkan perjalanan hidup Wardina Safiyyah dari seorang yang gadis liar yang keluar dari rumah semata-mata untuk menjadi seorang model kepada seorang muslimah yang patuh kepada yang Maha Esa. 

Sepanjang aku tengok video ni, ya Allah... sangat menyayat hati. Banyak kali air mata jantan aku ni keluar. Aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T sebab mengurniakan hidayah iman dan Islam kepada aku dan juga orang-orang sekeliling aku. Aku bersyukur sebab parents aku hantar aku ke Imtiaz. Walaupun semasa aku duk di sekolah tu, pernah terdetik aku nak pindah sekolah. Dah tak nak belajar kat Imtiaz. Rasa terseksa. Rasa macam kena dera. Tapi bila dah keluar Imtiaz, aku rasa itu adalah sekolah terbaik dan aku antara insan bertuah dapat masuk sekolah tu. 

Masa kat sana, aku memang pasif. Sangat tertekan bila nak hafal al-Quran. Kawan-kawan semua dapat hafal cepat tapi otak aku memang sangat lembap. Sampai sekarang. Kadang-kadang tak dapat hafal pun. Otak aku memang susah nak fokus. Macam-macam aku buat untuk ingat ayat-ayat yang aku hafal. Kadang-kadang aku buat macam akronim. Tapi aku tak tunjuk kat kengkawan lain. Sebab aku takut diorang ketawakan aku sebab memang takkan pernah jumpa orang hafal al-Quran buat akronim. Diorang hafal tiga empat kali baca dah ingat. Aku memang perit. Susah. Tak dapat nak masuk dalam otak. 

Tapi antara benda yang aku sangat kesal adalah bila tengok kawan-kawan aku yang dahulunya terror menghafal al-Quran, ustaz-ustaz semua sayang, dapat wakil sekolah untuk hafal al-Quran, (aku memang jeles gila dengan diorang), tapi sekarang dah berubah. BERUBAH. Bergambar berpeluk dengan perempuan. Bergambar laga-laga pipi. Letak di facebook. Buat profile picture. Bangga ada awek. Hati aku terdetik. Kenapa boleh sampai jadi macam ni... Sedangkan di sekolah dulu aku nak sangat jadi macam diorang.. Aku berdoa agar diorang kembali ke landasan yang benar. Aku berdoa agar kami semua diberi hidayah yang berkekalan. *Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua juga*

Benda yang paling aku jeles dengan kawan-kawan aku adalah bila tengok ramai antara diorang semua dapat sambung study di tanah Arab seperti Madinah. Aku tak heran sangat dengan yang sambung kat Australia, New Zealand, Amerika, Indonesia, Russia, sebab sambung kat UPM ni pun dah macam kat sana. Tapi suasana mesti lain kalau berada di Madinah. Bila cuti boleh pergi buat Umrah. Boleh solat dalam masjidil Haram depan Kaabah. 


Rezeki masing-masing. Kita ada bahagian kita, dan orang lain ada bahagian dia. Banyakkan berdoa insya Allah bila doa aku dah termakbul aku akan sampai kat sana. Sekarang aku nak fokuskan study aku kat UPM. InsyaAllah aku akan perbaiki diri ini dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat. Doakan aku dapat isteri yang Solehah. 


"Tak pandai masak boleh belajar, tapi tak pandai jaga akhlak, memang kena banyak bersabar." (WanZulqhairi, 2012)


"Memang ramai orang yang berdakwah ke arah kebaikan. Tapi tak ramai yang berdakwah secara berhikmah. Hanya ramai yang nak 'tunjuk' yang dia tu sedang berdakwah." (WanZulqhairi, 2012)


"Berdakwah tak semestinya dengan kata-kata dan hujahan, berperibadi mulia juga merupakan dakwah kita kepada orang ramai." (WanZulqhairi, 2012)

4 comments:

  1. dah tengok dah kisah nie. rasa syahdu sangat kan..

    betul lah. ada mereka-mereka yang berubah. mungkin sebab masa dulu nya, mereka tidak pernah merasa bebas. doakan yang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga kehidupan yang kita lalui sekarang dilimpahi hidayahNya selalu

    ReplyDelete
  3. menarik :)
    thanks for sharing. keep coming :)

    ReplyDelete