Thursday, 19 January 2012

Malam yang Seram

Assalamualaikum dan salam satu Wamozuwaha.

Ini adalah first time hapdet blog guna henfon sumsun es pelas. Entri ini live dari rumah kawan gua dia Parit 26  Hutan Melintang. Mesti ramai tak tahu kan kat mana Hutan ini berada!!!?. Ia adalah berdekatan dengan Bagan Datoh dan Teluk Intan.

Semalam dah pergi Teluk Intan yang jugak dikenali sebagai Teluk Anson. Banyak bangunan-bangunan yang lama-lama. Aku ada snap sikit-sikit. Malam nanti aku post eh. Alhajatnya gua mahu memasuki itu Menara Condong. Tapi alangkah tidak bernaseb baiknya sebab menara itu dikunci. Tak ada orang jaga. So, gua ambik gambar kat luar ajelah. Kawan gua si Zul ini yang sebelum ini amat susah untuk menangkap gambar gua akhirnya terpaksa akur dengan kehendak gua yang menjadi-jadi ini bila nampak benda-benda yang awesome.

Gua nak cakap ape lagi eh? Oh pagi tadi gua nak pergi ambik wudhu' and then gua terserempak dengan encik katak. Ewwww.. Geli.. Mujur katak itu takut sama gua. Kalau tak dah jadi insiden berdarah dah. Malam tadi menjadi malam yang menakutkan. Susah gua nak tidur. Tu la sape suruh gua cakap besar. Memang sebelum ini Zul banyak kali bercerita pasal kampung halaman dia yang penuh mistik dan misteri. Gua layann je. Then sesaje nak buat research pasal kampung dia konon. End up gua yang penakot ini telah dihantui bunyi-bunyi pelik malam tadi.



Oklah. Sat lagi nak naek bus. Gua nak gi mandi. Bye.

Published with Blogger-droid v2.0.2

4 comments:

  1. NEXT TOP BLOGGER 1 EPISOD 2
    DAH ADA.
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-1-episod-2.html

    ReplyDelete
  2. Fuyoh...tanjat boboi.. :P

    JOM singgah blog saya nak? Ade cite best...Kalau nak pinjam duit...

    ReplyDelete