Monday, 9 January 2012

Alasan Aku Bila Member Ajak Main Boling Suatu Ketika Dahulu.


Assalamualaikum. Hi readers yang cun dan hensem.

Dulu kawan-kawan aku selalu paksa aku main boling. Sebagai budak lelaki yang berasal dari kampung dan tidak pernah melihat dunia luar, aku selalu menolak pelawaan dan paksaan mereka. Banyaklah alasan yang aku bagi kat diorang. Ada alasan yang betul dan ada juga alasan yang tidak betul serta tidak masuk akal.

Antara alasan-alasan itu adalah:-
  1. Tangan aku pernah retak/patah. - Ya, dulu masa form two, tangan aku pernah retak ketika berlatih silat. Masa tu aku nak buat ala-ala gimnastik yang kat tengah tu ada manusia duduk ala-ala kuda. Bila tangan aku landing je kat badan diorang, terus bunyi dan obviously nampak bengkok. Coach silat tu buat bodoh je. Thanks Coach.
  2. Doctor pesan untuk tidak angkat benda-benda berat - Kelentong semata-mata. Padahal sejurus selepas tangan aku retak, aku tak pergi jumpa Dr. pun. Ayah aku bawak aku jumpa tukang urut kat sekitar kampung, lepas tu dia letak daun apa ntah then balut tangan aku. 
  3. Mak aku marah main boling - Ya, tapi bukan marah aku, tapi marah akak aku main boling. Itu dulu semasa akak aku accident motor then tulang bahu dia patah. So, dengan pemikiran yang ligat ini aku terus mengambil alasan itu untuk tidak bermain boling.
  4. Buat-buat busy nak shopping. - Masa kawan-kawan main boling, aku mulalah jenjalan dalam mall ala-ala nak window shopping. Padahal takut diorang suruh aku main sekali.
Tapi kenapa terlalu banyak alasan sebenarnya?? Apa yang menghalang aku untuk tidak bermain boling?? Kalau main pun boling kat henfon sahaja. -__-" . Actually, aku malu nak main boling. Takut bola masuk longkang. Dan yang paling takut adalah bola itu masuk dalam lane orang lain ataupun jadi cam dalam video ni. 


Tapi sekarang aku dah boleh main dah. Dah champion banyak kali dah. Ececece... Orang lain dah ketaq lutut dah kalau tengok aku join main boling. -__-" . Okbai.

4 comments:

  1. hahaha
    saya cmpi sekarang men boling tak sah klu x msuk longkang...
    minat cgt bola tu ngan longkang kot :)

    ReplyDelete
  2. kekekekkekeke....lawak entri ni tapi boleh pinjam nanti guna alasan tuuu
    datang dari Hanif bloglist

    Hanif bin Idrus Blog

    ReplyDelete
  3. wan jom main boling. hehe. entri menarik bro. aku lawat :)

    ReplyDelete
  4. sian pro tu
    tp org still xleh kate die xreti...
    haha
    pro punye fail mmg epic dr yg xreti main...lol

    bwalking
    acap

    ReplyDelete