Monday, 23 January 2012

Aku Si Pemutar Belit.




Putar dan belit.

Dahlah berputar.
Lepas tu belit-belit pulak.
Berputar macam roda, suka pijak orang.
Berbelit macam ular, suka patuk orang.

Pijaklah sampai puas.
Sampai kepala duk kat tanah.
Patuklah dengan buas.
Sampai keluar darah dan bernanah.

Putar biar kuat-kuat.
Sampai jadi ligat.
Belit biar ketat-ketat.
Sampai jadi mayat.

Seputar-putar aku, 
Kau tetap jugak nak rapat.

Sebelit-belit aku,
Kau tetap jugak nak dekat.

Kenapa eh??
Ermmm.... Oh lupa!!!

Sebab nanti kau nak patuk aku kan!!!
Nanti senang kau nak pijak-pijak aku kan...

Hina sangat ke aku ni?
Buruk sangat ke perlakuan aku?
Apa dendam kau dengan aku?
Apa semua ni? Aku tak faham!!!

Kau tuduh tanpa asas.
Kau hina tanpa belas.
Semua itu hanya fitnah, palsu, tak jelas.
Kau hanya mahu segala dendam terbalas.

Semoga dosa-dosa kita akan terampun.

Que.
12:21 am. 23/01/2012
Bilik 244 Delima, Kolej Keenam, UPM.

Mood: Takde mood.

(p/s: Ilham dari buku Bogel Menuju Tuhan oleh Zahiril Adzim)

3 comments:

  1. pelik ayat ...susunan jugak....byk maksud asenye..susah nak tafsirkan sajak ni or lagu

    ReplyDelete
  2. terbelit jugak lidah ku,hehe

    ReplyDelete
  3. bila baca dah macam lirik lagu bunyinya

    ReplyDelete