Friday, 16 December 2011

Twitter Facebook dan dot dot dot



Salam.

Berikutan tentang gossip dan kontroversi yang melanda kawan aku di laman blognya (klik), so aku bercadang untuk mengulas sedikit sebanyak tentang dunia twitter ini yang banyak orang salah faham yang membuatkan aku sendiri terpinga-pinga kenapa isu ini nak diperbesar-besarkan sampai ke pengetahuan awam iaitu seperti di facebook group.

Kalau niat korang nak bertwitter tu nak kejar populariti lupakan je lah. Takkan popularnya korang kalau setakat buat twitter follow ramai orang dan merayu-rayu orang lain nak follow kau balik. Kalau diorang follow kau sekali pun, belum tentu dia update setiap status yang kau tweet tu. Entah-entah dia mute-kan kau nyer account sebab too boring or too kuat membebel serta mencarut entah hapa-hapa. *I'm seriously tak suka orang yang suka mencarut kat twitter, facebook or blog. Kalau jumpa aku terus ignore je*

Account protected itu bukannya satu masalah yang besar pun bagi pengguna-pengguna twitter. Depends lah nak protect tweet atau tak. Kau nak melatah sampai nak announce kat facebook tuu apehal plak? Kalau tak mahu follow tak payah lah nak serabutkan otak nak follow. Memang kau tak ada kerja ke sampai nak analisis segala orang yang buat account protected atau tak? Oh pliss.. nampaknya life kau tak semenarik life kitaorang!

Kenapa orang buat account protected? Mestilah ada banyak sebab. Aku pernah buat account protected. Alasan? Tak nak orang lain stalk twitter aku!! Stalk ni ada banyak kategori. Stalk nak cari salah, stalk nak cari bahan gossip, stalk nak cari point untuk jeles, stalk nak tahu aktiviti aku, stalk nak tahu sama ada aku ada cerita pasal korang tak kat twitter aku. Hahaha. Pleaselah… Get a life bro! Luaskan otak tu. Jangan biar sempit sampai buat keputusan macam tu sekali. Kenapa perlu bercerita sampai ke group blogger semata-mata nak bagitahu yang orang ni bajet retis sebab buat account protected so tak jadi nak follow. Lepas tu mulalah ada ramai orang-orang lain yang tak tahu hujung pangkal duk sama mengutuk menge’like’ status orang tanpa berfikir panjang.

Dekat facebook tu, banyak lagi status-status positif dan baik untuk dishare bersama. Kenapa still nak pilih status yang boleh mengundang kemarahan, yang berbaur negative serta yang totally menghina, menjatuhkan orang lain? Bukankah kita disarankan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Susah sangat ke nak post benda-benda yang baik dan bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain?

Janganlah jadikan alasan, “jadi diri sendiri” itu untuk engkau tak malu nak post benda-benda yang negatif dan terus terusan bergelumang dalam benda-benda yang tak baik. Kamonlaaa.. Suka sangat ke sebarkan kejahatan dan keburukan? Dan sebenarnya benda tu memberi kesan kat diri korang jugak. Status tu kadang-kadang mencerminkan bagaimana sikap korang yang sebenar. So, takkan korang taknak berubah. Kalau yang dah jahat tu takkan selama-lamanya nak jadi jahat? Fikir-fikirkanlah…

Ok. Itu sahaja untuk tazkirah Jumaat pada hari ini dari saya. Assalamualaikum!!!

p/s: Entri berbau emo. Hahaha. Untuk lebih emo sila follow twitter saya. @WanZulqhairi . Follow bagi yang nak share isu semasa, pendapat, idea dan bertukar-tukar pengalaman. Jangan follow kalau semata-mata nak kejar populariti. Aku tak perlukan itu. Sekian.


*motif gambar ini di upload masih tidak dikenal pasti! Populariti? Oh tidak sama sekali*

4 comments:

  1. wow..que..terharu..terima kasih sebab memahami... ;)

    ReplyDelete
  2. kalau yg jenis kuat membebel lebih baik sarankan main twitter dari main fb..huhu

    ReplyDelete