Sunday, 11 December 2011

Sweetening Birthdays as Caramel



Masa berlalu terlalu pantas. Aku rasa baru je lepas habis prasekolah. Aku ingat lagi masa prasekolah dulu aku orang pertama yang volunteer ke depan bila cikgu suruh baca A, B, C sampai Z. Sebelum sekolah dah boleh baca weh. Bangga sekejap. Bukan senang budak-budak hingusan pada generasi lewat 80-an yang duduk kat luar Bandar di kampung yang terpencil pandai membaca. Tapi sekarang bila semua ibu bapa dah well educated, anak-anak pula kecik-kecik dah pandai membaca. Bayangkan, budak perempuan darjah tiga dah pandai baca novel.

Alhamdulillah, hidup kami sekeluarga cukup lengkap dan bernasib baik. Kami ada mak, ayah, adik beradik, rumah, pakaian, dan cukup makan minum. Kita kadang-kadang lupa yang banyak lagi insan yang tak bernasib baik dalam dunia ni. Tak payah tengok kat dunia luar, kat tempat kita sendiri pun berlambak. Ada ramai yang kurang bernasib baik. Yang cacat, tak ada tempat tinggal. Dibuang keluarga. Kalau pergi pasar malam pun kita boleh tengok.

Kadang-kadang aku sedih bila menjejakkan kaki ke pasar malam. Ramai peminta sedekah. Sedih tengok mereka. Ada yang bawa anak, ada yang berada atas roda menolak jasad yang tak bermaya. Tapi orang sekeliling buat tak endah je. Malah dikutuk lagi insan yang mengharapkan belas simpati masyarakat. Hulurlah seringgit dua. Besar harapannya. Jangan kedekut. Berkongsilah. Insya Allah, bila kita tolong dia hari ini, esok lusa, Allah akan balas keikhlasan kita itu.

Lagi sayu bila melihat anak-anak kecil yang tidak bernasib baik. Dari kecil dah kehilangan mak ayah, tak ada tempat bergantung harap. Mujurlah ada masyarakat yang prihatin terhadap mereka walaupun mereka tiada pertalian darah dengan kanak-kanak ini. Namun sifat kemanusiaan menebal dalam hati membuatkan rasa bertanggungjawab untuk menolong mereka.

Bila bercakap tentang kanak-kanak, apa yang paling menggembirakan bila jadi kanak-kanak adalah bila dapat hadiah. Bukan kanak-kanak je. Yang dah belia remaja pun nak hadiah kan. Kanak-kanak sekarang kecik-kecik lagi dah ingat tarikh lahir diorang. Kalau yang mak ayah yang bekerjaya tu bolehlah minta macam-macam. Tapi yang tak ada mak ayah ni macamana? Oleh itu, Caramel ditubuhkan untuk menghargai permata yang bakal menyinar suatu hari nanti. Dengan misi yang simple, iaitu mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kanak-kanak yang tak bernasib baik ini, kemungkinan diri mereka tidak lagi rasa terpinggir dan tersisih dari masyarakat.

Berminat untuk berkongsi kegembiraan anda dengan menyumbangkan hadiah  kepada mereka yang terpinggir? Mudah sahaja. Klik CaramelBirthday. Atau ke CaramelCharityFacebook dan WebsiteCaramel




Untuk adik-adik dan pembaca blog ini, di sini saya ingin tujukan lagu yang ikhlas dari hati saya untuk anda semua. Lagu dari drama Dream High. Drama yang berkisarkan tentang remaja yang tidak bernasib baik tetapi berusaha untuk mencapai kejayaan. Terimalah lagu dari drama ini. Winter Child nyanyian Suzy (Miss A). Sekian terima kasih semua. 

4 comments:

  1. saya ingatkan, orang caramel tu yang bufday. :)

    ReplyDelete
  2. beri sedekah kat org lg baik dri mntk sdkh , heee . renung2 kan . (bukan nak memperkecilkan tukang minta sedekah)

    ReplyDelete
  3. salam...
    hey...
    tahniah ! anda telah memenangi contest blog eazy izzuddin...
    sila ke blog mengetahui maklumat lebih lanjut...
    ;)

    http://www.eazyizzuddin.com/

    ReplyDelete