Monday, 19 December 2011

Stop Berangan! Mulakan Plan Lamaran Anda Mulai Sekarang!


Assalamualaikum warahmatullah wabarkaatuh.

Bila bukak blog, bukak facebook, bukak youtube, memang sekarang musim-musim berkahwin dan bertunang kan. Musim semua orang nak bersweet-sweet dengan pasangan masing-masing. Masing-masing terharu dengan surprise yang pasangan korang buat kat korang. Lalu korang merasakan dunia ini korang yang punya. Hidupmu bagaikan di syurga cinta. Berjalan di awan asmara sambil memetik bintang kejora di langit ke tujuh untuk dihadiahkan kepada pasangan korang. Lalu aku pun ambik bintang korang tu, then letak dalam mangkok tandas dan flush dengan serta merta. Hoi. Stop berangan bagai nak rak!

Hey Que!!! Stop baca blog pasal cinta-cintan sampai kau sendiri secara automatik menggerakkan mulutmu dengan senget sambil mengeluarkan bunyi, "errkkkkk" lalu mata coklatmu itu berputar-putar. Stop pasang lagu yang yang jiwang sampai taik telinga keluar menitis-nitis bak air mata. Hey taik telinga, pleaselah keluar dengan keras seperti batu-batu kat tepi jalan tu. Stop tekan play kat video-video romantik di youtube seperti video orang proposed sampaikan buffering video yang empat minit tu sampai dua jam kau sanggup tunggu sambil berbaring atas katil. Wake up Wan!! Wake up Mohd!! Wake up Zulqhairi!! Wake up Que!!. *Ye ye. Aku nak wake up la ni. -__-"*

Dalam masa nak me'wake up' tu, sempat lagi aku berfikir. Nanti macamana ek aku nak propose kat bakal isteri aku? 

1. Mungkinkah aku akan propose dengan cara naik ke bangunan tinggi, then terjun guna payung terbang yang tertulis "Sudikan Awak Menjadi Isteri Saya Yang Sah? " - Sah ke, tak sah ke, tiba-tiba aku dulu yang disahkan koma lalu meninggal dunia. -__-"

2. Idea ni pun mantap. Mula-mula aku kena cakap yang aku suka kat dia. Lepas tu, aku terus senyap menghilangkan diri. Dia pun tertanya-tanya di manakah aku?? Lalu kawan baiknya iaitu orang tengah yang diupah belakon oleh aku mengajaknya pergi ke Jeju Island, Korea. Dia time tu sedang sedih lalu bersetuju untuk menenangkan fikiran. *ceewahhh, kemain aku support diorang pergi Jeju Island tuh* Lepas orang tengah tu bawa dia ke tempat yang aku janjikan. Tempat tu kiri kanan ada pokok dan masa tu musim bunga. Masa dia berjalan-jalan sorang-sorang lalu aku muncul dengan patung besar macam upin-ipin tu. Then aku bagi dia cincin lalu bukak banner dan bukak topeng kepala. - Kami dua-dua pitam. Dia pitam terkejut, aku pitam kelemasan dalam patung tu. -__-" *cehh.. drama Korean sangat.. pelissssslah*

Tapi, walau bagaimana cara sekalipun anda propose bakal isteri anda, biarlah seikhlas dari hati yang suci. Keikhlasan  dan kesungguhan itu kita boleh nampak dari riak wajah kita. Semoga korang-korang yang berkapel dan bertunang sekarang ini, teruskan hubungan korang dengan niat untuk berkahwin. Jaga batas-batas halal haram yang telah digariskan. Jangan sesekali berlagak seperti suami isteri sekiranya belum sampai detik sah itu.

Kat sini aku nak share dengan korang video Dena Bahrin yang telah diproposed oleh tunangnya. Memang sangat sweet dan cute. Hahaha... Semoga hubungan korang berpanjangan hingga ke syurga. :)




p/s: Nak sambung tengok Korean Drama bertajuk "Protect The Boss". Tadi kata dah wake up!

4 comments:

  1. ala..
    sweetnyer video nih..
    hopefully they will be happy till heaven..
    insya-allah..

    ReplyDelete
  2. video sgt maness !
    waahh siap ke Pulau Jeju mmg sgt drama korea..hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum / selamat sejahtera
    Terima kasih sebab sudi follow blog AWIEOMAR
    dan sudah tentunya saya dah follow blog
    saudara yang amat menarik perhatian ini.
    Ada tak baca entri yang saya post di bawah ni?
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html
    Niat sebenarnya nak pelawa saudara
    untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
    Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen
    entri kamu di sini (saya akan tengok balik)
    atau komen saja di blog saya.
    Jika tak nak pun takpe. Maklumkan macam tadi jugak.
    Atau kalau tak nak maklum balas pun tak
    mengapa - saya anggap kamu tidak mahu menyertainya
    selepas dua hari mesej ini di kirim.
    Anyway, terima kasih kerana habiskan baca.
    Saya akan tunggu keputusan anda. PEACE.

    ReplyDelete
  4. sgt sgt sweet vid nie
    kaloi punn dah tengok !!
    rase macam nak cmtu jugak hahahaha


    protect the boss terbaik
    skrg kloi ngah lyn drama pnjang ojakgyo brothers
    punn terbaik ^__^

    ReplyDelete