Wednesday, 21 December 2011

seldom random.



Assalamualaikum.


1. Aku dah lunch, makan kat foodcourt.
2. Makan dengan Anuar dan Zulkhair.
3. Lauk ikan, sayur lemak, telur masin dan nasi.
4. Alhamdulillah. Kenyang.
5. Macam biasa, lepas makan, pekena ais krim dulu.
6. Ais krim berharga RM1, murah kan.
7. Mana brader yang meniaga ais krim ni dulu??
8. Brader tu dulu bagi ais krim lagi banyak dari mak cik ni.
9. Dah lah sekarang ais krim banyak yang cair.
10. Petang ni ada kelas pukul 3 petang.
12. Kelas Ordinary Differential Equation yang Prof Mat ajar.
13. Prof Mat sangat best dan sangat sporting.
14. Prof ni bagi kuiz, lepas tu boleh tengok note, lepas tu boleh tiru.
15. Ya, kami semua dapat full mark kuiz beliau.
16. Kalau saya jadi lecturer, saya pun nak jadi lecturer yang pemurah dan sporting.
17. Tak nak jadi lecturer yang sombong, dan bongkak sebab saya pon tak suka kalau lecturer saya macam tu.
18. InsyaAllah kalau kita ikhlas dengan students, students pun akan dapat terima ilmu yang kita sampaikan dengan ikhlas juga.
19. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu.
20. My mom, my dad and my family dari kampung datang melawat kami yang berada di perantauan ini.
21. I Love You so much!!!!! :)


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment