Friday, 2 December 2011

Sad Love Story


Assalamualaikum w.b.t. Lama menyepi. Fikiran bercelaru. Ada test dan juga sedikit problem sini-sana. Insya Allah sekarang aku dah tak apa-apa. Untuk entri kali ini, satu nukilan khas daripada seorang hamba Allah kepada seseorang insan yang sentiasa menyerikan hari harinya. Sebelum baca, jom kita play dulu music video kat bawah ni kasi umphh sket bila baca.



"Senyumannya tak pernah lekang di muka. Sopan santunnya tak pernah terpisah dari gerak geri dan tingkah lakunya. Pertolongan dan bantuan sentiasa dihulurkan ketika aku ada masalah. Semuanya cukup lengkap dan tiada sebarang cacat cela untuk dijadikan permaisuri di hati dan peneman hidup hingga ke syurga. 
Tapi sekarang ni, yang bermasalah dan punca segala masalah adalah aku. Aku. Aku. Dan aku. Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam terkongkong. Tak bebas. Hatiku seakan memberontak dan tak tenang. Beremosi. Aku dah tak secool dulu. 
Saya bukan tak tenang bila bersama awak. Tapi saya tak tenang dengan hubungan ini. Walaupun ia hubungan yang terbatas, tapi hati saya memang tidak tenang. Saya rasakan bagai ada benda yang menghimpit saya. Saya rasa berdosa. Ya, saya tahu kita tak buat apa-apa. Saya tetap rasa takut. 
Maaf sekiranya saya belum bersedia. Maaf sekiranya saya tak boleh terima. Saya bukan tak boleh terima awak. Tapi saya tak boleh terima keadaan diri saya. Ada banyak perkara yang saya perlu perbaiki. Saya belum matang dalam hal ini. Saya belum bersedia untuk untuk fokus kepada satu hati yang lain.

Kadang-kadang saya pun keliru dengan tindakan bodoh saya ini. Tapi saya akan lagi bodoh sekira saya akan menyakiti hati awak dan sia-siakan awak nanti dengan emosi saya yang tidak terkawal. Saya takut awak lagi banyak terluka. Saya akui saya perlu lagi banyak belajar. Mungkin di depan mata awak saya ni dah memenuhi ciri-ciri. Tapi sebenarnya tak. Masih banyak lagi benda yang saya nak cari. Masih banyak lagi perkara yang perlu saya timba untuk saya kukuhkan hati saya ini. Saya tak mahu hidup saya nanti terumbang-ambing kelak. 
Saya akui semua ini salah saya. Maafkan saya. Saya banyak bagi awak harapan. Saya tabur janji-janji manis. Macam-macam saya cakap. Macam-macam kita kongsi pasal impian kita. Tapi kita terpaksa berhenti walaupun kita belum mulakan apa-apa pun. Maafkan saya kalau saya lelaki tak guna. Tapi saya rasa ini keputusan yang terbaik untuk awak dan saya. Walaupun awak tak nampak sekarang, tapi saya harap awak akan nampak suatu hari nanti.

Ikhlas saya katakan, makin lama saya berada dalam keadaan ini, saya dah tak jadi diri sendiri. Saya banyak hipokrit depan awak. Saya selalu nak nampak perfect. Sehinggakan saya tak nak pakai seluar trek pun bila jumpa awak. Saya tak nak kelihatan selekeh pun bila saya dengan awak. Kalau boleh selipar saya tu saya nak semua kaler ada. Bila saya pakai baju biru, saya akan pakai selipar biru. Haha.. melampaukan saya.. 
Tapi sebaliknya hati saya tak tenang. Tak tenang seperti kita berkawan dulu. Saya lagi rindukan awak yang dulu. Rindukan awak yang kadang-kadang marahkan saya bila saya buat salah. Marahkan saya bila saya banyak cakap. Marah bila saya tak fokus dalam kelas. 
Hati saya ini kuat mengatakan untuk kita berhenti di sini. Berapa lama kita patut berhenti itu saya masih tiada jawapan yang pasti. Tapi yang pastinya kita perlu berhenti sebelum melarat. Berhenti walaupun kita belum lagi bermula. Lampu isyarat di hati saya masih berwarna merah. Entah bila akan bertukar hijau. Sukar untuk saya jangkakan. 
Melafazkan kata-kata maaf memang senang. Tapi percayalah, sesungguhnya kata-kata maaf dari saya ini ikhlas untuk awak. Maafkan saya jika ianya sukar bagi awak. Maafkan saya sekiranya hati awak banyak terluka. Maafkan saya sekiranya saya terlalu kejam. Maafkan saya kerana saya belum bersedia. Saya yakin dan percaya di sebalik kasih yang terhenti ini pasti ada hikmah yang amat besar untuk kita. Terima kasih untuk segala-galanya. 
Sejujurnya, saya menangis ketika menghantar sms yang panjang lebar pada hari itu. SMS itu memang SMS yang paling panjang yang pernah saya hantar. Saya memang rasa bersalah. Saya tahu awak sedih gila-gila sebab saya. Saya dah hancurkan hati awak. Saya harap awak tak berdendam dengan saya. Saya harap awak tidak berdendam dengan mana-mana lelaki lain juga disebabkan saya. 
Saya harap awak tidak menunggu saya. Sejujurnya awak sememangnya layak dengan lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Awak memang seorang perempuan yang berhati mulia. Sekiranya jodoh awak dengan lelaki lain, saya doakan awak bahagia. Dan awak PERLU bahagia. Tetapi jika memang jodoh kita untuk bersama, masa dan detik itu pasti sedang menunggu kita."


p/s: Sebenarnya dah delete. Tapi rasa macam dah ramai yang baca, letak je la terus. 

6 comments:

  1. Walaupun aku rapat la jugak dengan kau tapi jujurnya aku tak tahu siapa perempuan yg dimaksudkan tu. kau pun tak pernah cerita. Tapi aku rasa aku dapat agak la. (-_-)! Apa-apapun aku doakan kau bahagia Que! buat keputusan dengan baik dan rasional. Happy selalu weh! yela, kodah lah pendiam. kalau kau sedih dh macam speaker rosak dah. Erkk..

    ReplyDelete
  2. Siapakah???? Nukilan sebenar ke? Wooo~~ Sedihhhhhh~~ ISkandar Shah, sila korek rahsia. Eh, tak baik!

    ReplyDelete
  3. be strong...let Him decide..=)
    i dont even know who but if it involve two hearts u really need to be careful.

    may happiness be around you..=)

    ReplyDelete
  4. Do what the best for you...only you know your self.

    ReplyDelete