Tuesday, 13 December 2011

Obsess Six Pack Abs!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkaatuh dan salam satu kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan fatamorgana.


Disebabkan aku dah tak tahu nak update info apa lagi kat blog ni, so entri kali ini aku bercadang untuk menulis tentang isu personal. Tak ada apa sangat yang nak dipersonalkan sebenarnya. Cuma, sejak kebelakangan ini, aku sebagai seorang lelaki tulen yang sejati dan cool sebenarnya sedang obsess terhadap Six Pack Abs. Aku merasakan sebagai seorang lelaki sepatutnya ada benda alah itu. Selagi tak ada Six Pack aku tak mahu kahwin dan mempunyai buah-buahan hati. Ecececeh!! *matilah kalau tak ada six pack sampai bila-bila, -__-" *.

Oleh itu, semenjak dua menjak ini, aku telah jadikan bilik aku sebagai sebuah gym murahan memandangkan aku tidak mempunyai kenderaan untuk ke gym yang berdekatan yang mana mempunyai alatan yang secukupnya untuk melakukan workout. Dan tidak mempunyai kewangan yang stabil juga menghalang aku untuk berkunjung ke fitness yang berdekatan. Ah, buat kat bilik je. Insya Allah kalau konsisten akan berhasil. Kan?!

Aku rasa dalam satu hari aku angkat dumbbell ini adalah dalam 100 kali atau mungkin lebih. Bahagian biseps pun turut merasa kesakitan itu. Tapi bila kesakitan itu terasa sebenarnya ia adalah suatu kepuasan. Satu lagi tabiat kebelakangan ini, bila lepas mandi, wajib ke depan cermin besar sambil melihat badan sendiri sambil mencari-cari kelibat six pack. Ceh.. baru buat tiga hari ada hati nak cari six pack konon.

Bila buat sit up, hanya larat sampai 40 kali iaitu dua set sahaja. Tak larat nak buat 3 set iaitu sebanyak 60 kali. Dua hari buat masih dapat bertahan. Hari ni nak buat langsung tak dapat sebab bahagian perut terasa amat sakit. Ah! Tak kira nak buat jugak. Sakit mula-mula biasalah kan. Huhuhu…  tiba-tiba aku teringat tweet Izuddin. Betul kata beliau, nak buat six pack abs memang sakit. So, aku terpaksalah tahan.

Terima kasih kepada penaja dumbbell iaitu jiran bilik aku. Hahaha. Aku pau dumbbell dia tak hantar-hantar lagi. Bro, nanti bila aku beli dumbbell sendiri aku hantar ek. Haha. Bro, dumbbell hang memang superb laa.. Naik kematu tangan aku pegang dumbbell ko ni. Mujur aku ada body lotion untuk menghilangkan kekematuan tangan aku ini. Ceh, kemain pakai losyen weh… hahaha..


p/s: Sedang gua duk berwork out sorang-sorang dalam bilik a.k.a gym gua nih, kawan gua ketuk bilik panggil makan sweet potato. Letak dumbbell terus sambar sweet potato tuh. Hahaha. Bukan main cepat dan pantas lagi bab makan. -___-“



Sekian, terima kasih. OKBai.

9 comments:

  1. oooooo~~ dahsyat! hak3! btw, tutor Bio kitorang sama muka dengan wan! :)

    ReplyDelete
  2. Mee kerinting membantu mendapatkan 6 pack .. kot! -_-!

    ReplyDelete
  3. lol...
    jog keliling tasik pun leh dpt 6packs kot..

    kunjungan biase je
    to my blog - Acapsuur (>,<)

    ReplyDelete
  4. wei.. dumbell aku tu ko tak bagi kredit pon kat aku.. kot ye pon letak la tuan dumbell > farizdanialz.blogspot.com

    note : lupe nak bagitau. bilek aku sekarang dah jadi mini gym, dah ada dua dumbell 5kg, spring bar dan dumbell 11kg.. so setiap pinjaman dumbell2 tersebut di charge rm2 sehari hehehe

    ReplyDelete
  5. mampuih laa que kalau tak dpt six pack tu, tak kawin ler kamu. camna nak dpt anak kembar ni nanti?

    btw, blum kawin ada 6 pack, lepas kawin nnt bini asyik masak sedap sedap, terus jadi 1 pack saja kot? hahaha

    ReplyDelete
  6. bro, workout , diet, rest.

    3 benda tu je.

    workout, untuk sixpack, perlu lebih banyak rep, tapi imbangkan dengan berat.

    diet, minyak tu di haramkan, boleh ke?

    rest, tidor pukul 10, bangun pukul 6.

    ReplyDelete
  7. tuka sixpack dgn six fat pon bole :P

    ReplyDelete
  8. advise saya kan...since sya pun obses workout gak....jika awak masih baru lagi dlm workout2 ni...u kena workout alternate lah..makna nyer ..if isnin u nk angkat weight so selasa reha..utk bagi muscle u rehat secukup nyer...nak six pax..bleh..dgn cara..kena bykkan cardio...six pax couldn't be achieve if u tak buang kan lemak kat perut..how to buang lemak kat perut??? by cardio..lari, jogging, menari, cycling...and nak tahu teknik betul or tak or nak tau cardio u betul2 efektif..u kena pasti kan ur heart rate increase lepas abis aktiviti tu..bile metabolism u tinggi = heart rate u naik..u start to burn lemak (at least 30min-1 hour cardio) nak tau camne nak dpt six pax??? post akan dtg saya kongsi kan...

    ReplyDelete