Thursday, 22 December 2011

CREATE! Design T-Shirt WIN! Trip To Australia


Pada suatu hari yang hening, aku bersama dua lagi rakan telah menghabiskan masa berjalan-jalan di Alamanda. Window shopping lah lebih kurang. Kemudian termasuklah ke dalam shop Quiksilver. Belek-belek baju segala malang sekali selepas sale pon harga kemain mahal jugak padahal t-shirt je pon. Lepas tu aku ternampaklah ada flyers kat kaunter dia. Then aku pon ambik lah satu. 

Kalau bab-bab contest dan competition ni memang aku minatlah sebab dapat hadiah free. *Kalau menanglah* Lebih-lebih lagi kalau hadiah dia riban-riban pastu ada trip plak. Kemain syoklah aku. Competition plak bedasarkan design lagilah bertambah suka ria aku. Haha.

So, balik bilik terus tampal kat notice board dalam bilik. Sampai halang note dan formula math segala tuh. Tapi sampai hari ni tak buat-buat lagi design tu. Design biasa-biasa boleh la buat. Tapi kalau yang da bomb guna illustrator tu tak pandai lah. So, aku mula merendahkan diri dan macam dah nak mengaku kalah walaupun belum lagi masuk bertanding.

Oleh itu, kat sini aku nak share dengan korang semua. Mungkin ramai yang pandai design-design ni tapi tak pernah berpeluang nak masuk sebab tak pernah terserempak dengan competition macam ni. So, bagi sesiapa yang berminat boleh lah ke blog Quiksilver & Roxy Malaysia (KLIK). Tarikh tutup 8 Januari 2012. Good luck!! 








1 comment: