Sunday, 4 December 2011

Bila menonton Filem Hantu Sorang-sorang...




Baru lepas tengok cerita al-Hijab. Memang agak kelewatan sedikit menonton movie ini. Tengok sorang-sorang pulak tu. I mean kat bilik. Bukan kat cinema. Mungkin kalau tengok kat cinema pun aku sorang je yang tengok sebab orang lain semua dah tengok. Hahaha. Movie ni agak seram jugak bila menontonnya di bilik secara berseorangan #foreveralone. Aku start tengok pukul 5.30 petang. Cuaca pulak mendung. 

Kebiasaannya, kalau aku tengok drama Korea atau tengok music video k-pop dan movie-movie lain kat laptop, aku suka dengar melalui earphone. Nak menjiwai dan mudah faham katanya. Tapi bila time tengok al-Hijab ni kemain lagi aku dengar guna speaker laptop. Takut lettew. Haha. Then tengah syok-syok tengok kawan aku mai bilik. Fuhhh.. Lega sebab ada yang nak teman aku tengok. Rupanya dia lagi penakot. Scene yang pertama pun dah pejam mata bagai. Haiyaa. Aku biasalah, bila depan orang mulalah buat-buat cool. Haha. Padahal tangan aku kat muka jugak buat-buat garu dahi. Then tengok kat celah-celah jejari runcing aku ni. Terbaek. Peace.

Then dia pun nak balik bilik dia coz mengantuk ke apa ntah. Nak siapkan assignment katanya jugak. Padahal takut. Tak nak ngaku lettew. So tinggallah aku sensorang kat bilikku yang sunyi ini. Cuaca makin mendung dan bilik makin gelap. Aku pun mulalah bukak lampu. Hahaha. Then sebab dah makin seram mulalah aku sms kawan aku yang duk bilik sebelah. Mulanya nak mengajak dia join sekali. Tapi emmmm... Dah tahu dah mesti tak mau punya join aku nih. *Kengkawan aku semua bebaik dan tak layan movie, aku ja yang over -__-"* 

Sila baca dari bawah ke atas.


Bila dah cakap selamat menonton tu paham-paham je lah ye. Hahahaha..

Kemudian aku teruskan menonton. Angin plak kuat giler. Langsir berterbangan. Then hempap aku nyer barang-barang cenderahati dan hiasan kat atas meja sampai jatuh ke bawah. Terkejut giler siott.. Hahaha. Kecut perut. Pintu plak tak tutup. Sekali angin kuat datang, macam pintu kena tendang. Fuhhhh.. 

Aku ni makin lama makin slow kan volume laptop. Tak nak terkejut. Tapi guruh kat luar dah kuat. So aku pasang earphone. Tapi bila sampai part-part yang aku bajet hantu keluar tu aku tanggalkan earphone. Tapi bajet gua tak mengena. Ada satu scene tu aku ingat dah selamat rupa-rupanya hantu muncul dari bawah katil. Gila terkejut. Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhh.. Mujur tak terkeluar suara gedik aku. Hahaha..

Sekarang dah selamat dan berjaya menonton filem al-Hijab. Not bad. Sebab cerita ni lain dari yang lain. Tengoklah. Ending filem ni best dan menjadi tanda tanya adakah dia akan buat drama. Huhu.. *Bajet semua filem nak dibuatkan drama. -__-"*

Bagi sesiapa yang nak menonton filem ini klik lah di sini. al-Hijab

8 comments:

  1. Al-hijab tak seram kut...huhuhu..mungkin sb akak tgk siang ari..tp tak takotlah..

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi cite ni, nak cube gak ar. dapat tak rase keseraman yang sama..hehe

    TAJUK N3
    JOM SINGGAH BLOG SAYA :
    KAU ILHAMKU 2.0

    ReplyDelete
  3. ahahahahha klakar.. tp nanti ada crita hantu lagi best dan seram.. blum kluar lagi.. "hantu kum kum" wajib tgk ahhaha

    ReplyDelete
  4. erk eleh ! ape barang nengok kat laptop. katTv lCd ar! baru gerek~

    ReplyDelete
  5. tapi last last de macam tergantung~ hahah! spoil!

    ReplyDelete
  6. takdelah seram sgt al hijab.memula je takut.then lama2 macam menyampah je dialog dia

    ReplyDelete
  7. tengok al hijab leh tetido kowt...hahaha..cam xseram jer..

    ReplyDelete
  8. wa dah donload, tapi tak tertengok2 lagi

    ReplyDelete