Wednesday, 28 December 2011

Azam 2012 !


Hari ni dah 28 Disember 2011. Lagi tiga hari nak masuk 2012. 3 Januari pulak aku ada exam. First paper pulak tu. Malas teruk nak study subjek nih. Bab-bab hujung ni aku rasa serabut sikit kena lukis graf putar-putar segala. Rasa macam nak tidur ja. Tapi disebabkan ini semester terakhir aku, aku kena kuatkan semangat dan study rajin-rajin. InsyaAllah semester hadapan belajar benda baru pulak.

Tahun 2012 dah nak dekat. Aku harap tahun 2012 akan banyak bagi aku kejayaan. 2011 banyak mengajar aku macam-macam. Boleh kata tahun peralihan aku dari tak matang kepada matang jugak sikit. Dari langsung tak cool kepada cool. Hahaha. Cool ke??, pleaselah semenjak dua menjak ni aku dah kekurangan cool weh.

Tahun 2011 aku rasa dah banyak menyusahkan orang sekeliling aku. Maaf kepada sesiapa yang dah terluka dengan sikap dan keputusan aku.Tahun 2011 memang tahun kekejaman kuku besi aku kan!. *patutlah kuku aku panjang selalu panjang weh*

Azam 2012 apa dia?? Aku tak pernah pun ada azam yang spesifik. Asyik-asyik cakap nak menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya dan nak teruskan azam tahun lepas. Padahal tahun lepas pun tak ada azam. Oleh itu, sekarang ni aku nak spesifikkan azam 2012 aku. Dengan ini, aku berazam pada tahun 2012 aku nak bekerja part time untuk mencari duit lebih. Nanti dah tak payah nak mintak duit ngan parents aku. Sepatutnya aku dah boleh bagi duit kat diorang dah, tapi aku nak sambung belajar lagi. Tapi aku harap kerja yang aku dapat ni tak mengganggu aku dalam study.

Kalau dah kerja tu pepaham je lah dengan wishlist aku. Beberapa wishlist aku adalah untuk beli iPad 2 dan juga iPhone 4S dan camera DSLR. Lepas tu nak  simpan buat tabung ke Korea. Termasuk dengan tabung churp-churp dan nuffnang. CEiHHHH..

Cari pasangan pulak bila?? Aku terdiam sejenak.....

Lagu Penutup bagi tahun 2011.


p/s: Aku dedikasikan lagu ini kepada My Mom dan My Sisters.
"Kerana Kamu Selalu Ada. Kerana Kamu Cuma Satu Untukku."

No comments:

Post a Comment