Monday, 5 December 2011

5 Drama Melayu Yang Box Office



Pada dahulu kala, aku bukanlah peminat setia drama-drama Melayu, Korea, Taiwan, Cina dan segalanya. Yang aku tonton hanyalah Power Rangers, Usop Santorian dan Doraemon. Tiga cerita ni memang takkan pernah miss. Eh, ada satu lagi, kartun Anak-anak Sidek. Best woo... Ni bahagian kanak-kanak. Aku boleh tengok tv sampai darjah enam je. Masuk tingkatan satu aku dah pergi sekolah asrama yang tak berapa nak penuh. So tak sempat nak follow drama kat tv segala. Hehehe.



Seperti kebiasaan, bila hari-hari mengadap tv, aku sebagai kanak-kanak hingusan terpaksa akurlah dengan drama-drama yang menjadi kegilaan kakak-kakak aku. Sampai aku pun join sekali tengok dengan diorang semua. Itupun kalau time tu aku tak pi main rumah kengkawan aku.

Dan di sini aku nak bagitau drama dulu-dulu sangatlah best dan time tu memang ramai orang tergila-gilakan drama Melayu. Aku boleh katakan drama Melayu time tu memang se-hot drama Korea Winter Sonata. Serius. Banyak drama Melayu dulu yang best best seperti Cinta Korporat, Romeo dan Juliet, Cinta Antara Benua, Cinderella, Salam Taj Mahal dan banyak lagi. Yang ni je drama yang aku ingat. Dan semua drama ni meletop sebab diorang buat drama memang untuk bagi orang tengok. Bukan semata-mata untuk nak tayang kat tv. 

Sebab tu dulu setiap drama ada kekuatan masing-masing. Mungkin salah satu sebab drama ni popular kerana dulu tak banyak sangat drama kat tv. Dan sekarang ni sangat berlambak-lambak channel sehinggakan channel dari negara jiran pun ada. 

Bila tengok dan teringat balik drama-drama dulu macam sweet je drama tu sebab shooting kat overseas.. Dulu kan time drama ni femes, semua student Malaysia nak study kat overseas okeh. Drama ni yang jadi semangat kat diorang.

Satu lagi drama ni hot sampai sekarang sebab penangan lagu soundtrack drama ni. Memang betul-betul best lagu-lagu soundtrack drama ni. Bukan sahaja drama tak pernah miss, tapi sampai time nak habis yang dia putarkan lagu pun masih lagi tunggu sebab nak dengar lagu tu jugak. Time tu tak dak mp3, letak dalam henfon segala. Nak dengar lagu tu kena tengok tv la jawabnya.


Tapi sekarang jarang ada soundtrack khas untuk drama. Yang ada pun untuk filem je. Aku rasa diorang patut buat balik soundtrack untuk drama. Tak payah la ambik lagu-lagu yang dah popular. Sekarang ni berderet-deret drama yang ambik lagu Kisah Dongeng, Hatiku Milikmu dan Kisah Hati buat soundtrack. Sampai aku pun konfius ni lagu drama apa nih.?? -__-"

Kat sini aku listkan soundtrack drama yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Jom dengar semua..

Drama: Cinta Korporat
Lagu: Kembalilah
Artis: Amy Mastura


Drama: Cinta Antara Benua
Lagu: Cinta Antara Benua
Artis: Arni Nazira


Drama: Cinderella
Lagu: Sehati Sejiwa
Artis: Haslinda


Drama: Salam Taj Mahal
Lagu: Salam Taj Mahal (Tak pasti tajuk apa)
Artis: Umie Aida



Drama: Romeo dan Juliet
Lagu: Redup Kerinduan
Artis: Umie Aida




Sekian, terima kasih.

13 comments:

  1. cinta antara benua mmg terbest time tuh..suka giler ceta dy, nikan plak lagu2 dy..

    ReplyDelete
  2. heee~~ sama laa. masuk sekolah asrama dan tak tengok sangat. huuu~~

    ReplyDelete
  3. Wah,memang bestlah lagu-lagu tu.... miss that moment:)

    ReplyDelete
  4. ade satu lagi..drama rumah kedai..hahaa

    ReplyDelete
  5. aduh..siyes mengimbau kenangan~

    ReplyDelete
  6. paling suke romeo dan juliet..dan salam taj mahal :)

    ReplyDelete
  7. Aku suka cinta antara dua benua...
    Datang dari hanif bloglist

    Hanif blog bloglist

    ReplyDelete
  8. gile lame x dgr. ak ske usop sonto ngn amy mastura. mmg terbaik bro! Kehkehkeh!

    ReplyDelete
  9. ...mmg box office tu dulu....mmg best,luv Umie Aida.

    ReplyDelete
  10. hei bro.. :)
    dtg singgah...
    nak tye boley.? ade x citer2 nie di upload ek?? rase mcm nak tengok balik la drma2 melayu lama...

    ReplyDelete
  11. paling best drama cinderella...:D

    ReplyDelete
  12. untuk pengetahuan korang, drama romeo dan juliet sedang ditayangkan di tv3 pukul 3 pagi. skang nih baru episod 3. selamat menonton....

    ReplyDelete
  13. Kalau boleh upload la drama2 kat atas ni. Rindu nak tgk. Romeo & Juliet tu leh tgk lagi kat TV3, Cinderella kat youtube ada. Tapi yg lain2 tu tak tau la plak. Kalo ada upload la ek.

    ReplyDelete