Sunday, 6 November 2011

Terima kasih untuk anda semua.


Salam EdulAdha kepada semua followers saya di blog wamozuwaha dan twitter.

Syukur ke hadrat Allah yang maha Esa di atas nafas dan kehidupan sangat luar biasa ini. Kesihatan, tenaga, rezeki, akal, anugerah, dan nikmat yang sangat besar dan sungguh bermakna. Dan juga di atas kehadiran insan-insan yang sentiasa memberikan saya semangat dan penawar dalam kehidupan hamba-Mu ini, sekali lagi Alhamdulillah.

Saya akui, tanpa pengorbanan kalian semua, saya tidak akan berada di tahap ini. Walaupun tahap ini belum boleh dibanggakan, tapi saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi usaha untuk lebih ke hadapan. Syukur. Terima Kasih. 

Di hari raya ini, saya ingin mengucapkan berbillion terima kasih kepada insan-insan yang pernah hadir dan melengkapi hidup saya. Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain dari ucapan terima kasih.

Kepada Wan Hasan Abu Bakar dan Esah Puteh: tanpa pengorbanan ayahanda dan bonda, semestinya anakanda takkan sampai ke tahap ini. Untuk makanan yang disuapkan, minuman yang dihirup , pakaian yang sempurna, tempat berteduh yang selesa, duit belanja yang mencukupi, duit yuran yang mahal, duit raya yang banyak, duit untuk beli laptop, henfon yang dah banyak kali tukar, duit beli baju dan seluar yang bergaya, kasut yang elegan, belaian kasih sayang yang dicurahkan, peluk dan cium yang dikucup, doa yang dititipkan, nasihat yang dicurahkan. Abang Chik tahu, semua ini hanya untuk kebahagiaan kami semua. Terima Kasih.

Kepada abang-abang: walaupun anda jauh di mata, jarang berjumpa, jarang bertegur sapa, jarang bergurau senda, jarang beramah mesra, namun saya dah tak ada abang lain dah. Anda berdua je abang saya. Walaupun tak pernah main bersama, tak pernah berkongsi cerita tapi banyak benda yang anda dah korbankan untuk saya. Terima Kasih.

Kepada kakak-kakak: untuk masakan yang best-best, ikan singgang, lamb chop, cheese cake, nasi lemak, laksa penang, spegetti, ayam golek, ikan keli goreng, ikan rebus, sup, tomyam, masak lemak, sayur goreng, kuih muih, dan lain-lain. tempat berteduh yang selesa, layanan mesra, cerita dan gosip yang dikongsi bersama, masa yang dihabiskan untuk ambik dan hantar saya kat UPM, harta yang dikorbankan untuk saya, tenaga yang dikerahkan untuk saya, nasihat dan pendapat yang selalu dikongsi bersama, doa yang selalu diiringi, senyum tawa dan gurau senda yang menjadi penguat dalam kehidupan saya. Terima Kasih.


Kepada adik lelaki yang satu-satunya: untuk movie yang didonload, lagu yang dibluetooth, arahan yang dipatuh, bilik tidur yang dikongsi, top up yang diberi, call bila disuruh, rahsia yang dikongsi, teman bila nak pergi gunting rambut, penolong bila di dapur dan lain-lain lagi. Terima Kasih.

Kepada rakan-rakan: untuk peneman sms siang dan malam, yang selalu tumpangkan aku naek kereta dan motorsikal, pendengar setia masalah yang aku hadapi, teman bergossip, yang selalu ingat aku bila nak lunch dan dinner, yang selalu belanja aku makan, yang selalu ajar dalam pelajaran, yang selalu bagi aku semangat, yang selalu buat aku tertawa, yang menjadi peminat setia aku, yang menjadi perunding imej aku, yang selalu ajak aku makan kerang steamboat, yang selalu bagi tempeyek ikan bilis bila balik kampung dan banyak lagi. Terima Kasih.

Kepada diri sendiri: untuk sentiasa menghargai diri, sentiasa bersemangat walaupun banyak cabaran dan halangan, untuk menjadi lelaki yang baik, untuk sentiasa kelihatan bergaya (???), untuk air mata yang dikongsi bersama, untuk problem yang berjaya diselesaikan, untuk gigih dalam kehidupan, untuk keputusan yang diambil dengan yakinnya, untuk sentiasa sabar dan tabah, untuk watak utama dalam kehidupan anda, untuk kejujuran terhadap diri sendiri.  Terima Kasih.


1 comment: