Friday, 4 November 2011

Takut Kahwin???



Tak ada idea. Tapi tetap juga nak update. Tak kira.

Aku sedar satu perkara yang sedang berlegar di fikiran aku sekarang ni kadang kala mengganggu sedikit sebanyak konsentrasi terhadap dunia remaja aku.

Apa benda tu?
Kahwin.

So, apa masalahnya?
Takut!

Isu ini aku kemukakan bukannya bermaksud aku ni dah nak kahwin sangat-sangat. Buat masa sekarang ni aku masih belum terfikir untuk berkahwin. Mungkin tujuh tahun lagi. Agak-agak awak sanggup tunggu tak?

Bila tengok pasangan-pasangan yang dah berkahwin sekarang ni, aku jadi takut. Aku takut bila ada masalah yang berlaku. Aku takut aku hilang kawalan. Aku takut tiada persefahaman. Aku takut ego masing-masing terlalu tinggi. Aku takut aku tak boleh jadi yang terbaik. Aku takut buat dia sedih. Aku takut buat dia kecewa. Aku takut dia tak selesa. Aku takut aku tak sesempurna apa yang dia sangka. Aku takut aku tak boleh jadi pelengkap hidupnya. Aku takut aku tak boleh bagi apa yang dia minta. Aku takut terdetik penyesalan dihatinya. Aku takut dia menangis disebabkan aku.

Tapi aku lelaki. Aku perlu kuat. Aku perlu tabah. Aku perlu sabar. Aku perlu jujur. Aku perlu setia. Aku perlu adil. Aku perlu ikhlas. Aku perlu bijak. Aku perlu bersedia untuk pikul amanah Allah.

Akan ada saat yang genting, aku harap aku dapat laluinya dengan tenang. Akan tiba waktu kemuncak, aku harap aku bisa membuat keputusan yang paling tepat. Aku harap aku tak leka.

Mungkin ramai lelaki yang merasakan benda ini cuma mereka tidak tahu cara untuk meluahkannya.


Saya harap awak ikhlas dan bukan terpaksa. Lepas baca entri ni tengok lah music video ni jap. Best.




5 comments:

  1. huk3! saya lagi lah lama....baru 18 tahun...hehe! :D

    ReplyDelete
  2. Lagu kim jong kook yang best!..
    sebenarnya perempuan pun ada jugak perasaan takut.. takut tinggalkan kuarga, takut tak dapat nk bahagiakan suami, takut tak jadi isteri solehah..tapi ape2 pun sentiasa berdoa agar dapat jodoh yg baik.. InsyaAllah..Abg q klu kawin jgn lupa hntar kad jmputan ye:p

    ReplyDelete
  3. plg takut, pasal kewangan n understanding. the most scariest thing. kerana dua benda tu, boleh lead to pelbagai masalah lain.

    ReplyDelete
  4. love u kim jong kook...kaulah 'lelaki penguasaku'...huhuhuhu

    kawen best tau....ingat tuh...hehehhe

    ReplyDelete