Sunday, 20 November 2011

Story on the Birthday


Ada tujuh hari lagi nak sampai birthday aku. Aku harap birthday kali ni lagi memberi makna kepada pertambahan umur aku. InsyaAllah aku bakal berumur 22 tahun. 27 November 2011 ini jugak adalah bersamaan 1 Muharram 1433. Tahun baru, umur yang baru, azam yang baru.


Aku nak semua orang kenal aku.

Dulu masa sekolah menengah, tak de siapa pun yang wish birthday aku. Hahaha. Kenapa perlu expect orang nak ingat birthday aku? Aku memang tak popular pun dulu. *sekarang pon tak popular gak weh*. Walaupun kat sekolah aku tu ada satu kelas je dan semuanya lelaki. So, biasalah yang menjadi perhatian adalah budak yang datang dari family yang berada dan kaya. Disebabkan sekolah aku ni kecik je, so kebanyakan parents yang selalu datang kat sekolah aku ni dah kenal semua classmate anak dia. Kadang-kadang diorang datang beli makanan kat kami semua. Ada parents yang jadi cikgu datang mengajar kami. Buat kelas tuisyen. Ada parents yang keje besar datang bagi motivasi kat kami. Diorang memang selalu support kami. 

Nak ramai kawan.

So, bila birthday anak diaorang ada yang datang buat birthday party bawak makanan banyak giler dengan kek lagi. Kadang-kadang aku jeles jugak. Yelah time tu budak-budak lagi. Culture shock gak bila tengok orang buat majlis hari lahir. Bila ada majlis macam tu for sure la ramai yang nak kawan ngan dia. Sape yang tak nak ada ramai kawan. Bila nak keluar, ramai yang ajak. Ada geng sendiri. Duduk satu dorm pulak. Bila bawak baju, kasut dan seluar baru semua orang perasan. Semua tanya beli kat mana? Harga berapa? Brand apa? Aku pulak beli baju baru bila time raya je. Pakai je baju yang ada kat rumah. Setakat baju t-shirt tu aku pakai baju abang-abang ngan akak-akak aku je. Baju yang diorang tinggal kat rumah. Dan dulu aku sangat selekeh. *sekarang pon! Haha*

Bila nak keluar pergi hang out, mesti semua orang nak pergi rumah dia. Sape tak nak gi rumah orang kaya hoi. Tapi itu dulu la. Sekarang dah tak obses dah. Kaya atau miskin semua tu milik Allah.

Berusaha nak buat birthday party untuk diri sendiri.

Satu hari, bila sampai birthday aku nak buat something special kat kawan-kawan aku yang macam diorang buat kat kami semua. Aku kumpul duit yang ayah aku bagi. Tak banyak, tapi adalah sikit yang aku simpan. So satu hari aku keluar. Pergi beli KFC yang bucket tu. Bagi kawan-kawan aku makan. Bila diorang nyanyi lagu Allah Selamatkan kamu dengan lagu happy birthday untuk kali pertama aku rasa sangat happy walaupun ayam yang aku beli tu tak sempat pun nak makan. Cukup-cukup untuk diorang je. Kadang-kadang rasa malu sebab tak ada yang special pon. Tapi aku harap diorang suka apa yang aku buat.

Dan mulai saat itu, Aku gembira jadi orang yang low profile sampai sekarang. Bila kita low profile baru kita tahu sape yang ikhlas berkawan dengan kita. Yang sanggup susah senang dengan kita. Yang bukan kawan dengan kita semata-mata nak kikis harta kita. Cukup hanya sekadar beberapa yang wish birthday kita asalkan mereka ikhlas.

p/s:: Popular dengan bad story tu mintak-mintak jauh lah..


5 comments:

  1. Jom photoshoot as you birthday present, nak??

    ReplyDelete
  2. huhuhu CK pernah menerima kejutan dari orang yg specu=ial dlm hidup CK..>>> MY FAMILY
    yg len belum lagi..huhuhu pape p0n, semoga tahun nie adelah yg terbaik utk awk yew :)

    ReplyDelete
  3. family kitaorang pon dulu tak pernah celebrate birthday.tak di ajar.benda bukan dalam sunnah.

    tapi tu la,dulu2 kawan keliling bersepah hebat2 kan. time birthday je kek gedabak2 bawak pegi sekolah,terasa lah jugak.tapi sebab benda tu kita pon tak dibiasakan,tak jadi kudis pon. :)

    anyway,thanx la follow me on my blog.never knew that blog will get a visitor pon.thanx a lot ya.

    ReplyDelete
  4. eh samalah umur kita...
    oh baru tahu
    hehe
    xD

    ReplyDelete