Wednesday, 9 November 2011

Simpan Kenangan Ini Sampai Mati!

Entri kali ni aku tujukan untuk kawan-kawan yang sentiasa berada di samping aku ketika hujan, ribut, petir dan panas. Kenapa korang sangat baik dengan aku? Padahal aku tak hensem, aku tak kaya, aku tak genius, aku takde kereta, tak ada moto, aku tak baik seperti orang lain. Tapi korang tetap tolong aku. Waktu susah aku korang memang sentiasa ada. Waktu sedih aku korang sentiasa teman aku sebab korang tak nak tengok aku berduka duk sorang-sorang. Korang pilih untuk bawa aku keluar dari situasi sedih dengan merancang benda-benda yang sangat hebat.


Waktu jatuh aku korang sentiasa bagi semangat. Perkara yang sensitif bagi aku korang tak pernah bangkitkan. Perkara yang memalukan aku korang tak pernah jadikan bahan gurauan. Korang memang sesempurna rakan-rakan. Di hati korang tak pernah ada sekelumit rasa cemburu bila aku bersama orang lain. Korang sangat hebat. Korang sangat memahami. Hanya korang yang layak digelar bestfriend forever.

Terlampau banyak cerita yang kita kongsi bersama. Banyak gossip dan berita-berita panas yang kita share. Last sekali berakhir dengan cerita pasal saka, toyol dan hantu. Semua kawan-kawan aku memang suka cerita hantu. Baik lelaki mahupun perempuan masing-masing ada story pasal hantu. Macam-macam hantu ada. Yang paling seram hantu Korea, hantu di sekolah lama dan toyol belaan. Memang kadang-kadang kawan aku ni semuanya menakutkan bila tibanya waktu malam.

Serius aku cakap, kalau aku tengok movie or drama, part yang paling sedih bila ada part sahabat dengan family je. Yang couple lover aku tak sedih sangat. Tapi bila part ada sahabat yang berpisah aku memang rasa sedih. Macam ada part dalam family outing tu aku tengok, padahal show tu sangat simple giler. Tapi bila moment yang diorang terpaksa berpisah memang betul-betul menyentuh hati. *family outing lagi -__-" *

Sememangnya tali yang paling kuat adalah tali persahabatan. Bila kita ikhlas bersahabat, terima baik dan buruk, sama-sama memahami, tali ini akan kukuh dengan sendirinya tanpa perlu bina benteng konkrit.

Kawan-kawan, terima kasih banyak-banyak. Anda semua membuatkan hidup saya hari-hari amat bermakna *aku tahu korang baca entri ni, kalau ada yang tak baca pun sorang je yang ngok ngek tu* . Aku harap perhubungan kita takkan hilang sampai bila. Jangan sesekali buang kenangan kita. Kita mesti simpan sampai kita semua mati eh. *pehh ayat*.

Lagu ni aku tujukan khas untuk korang semua.



Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini

Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihatmu
Cinta ini
Takkan hilang sampai mati kan ku simpan

6 comments:

  1. betullllll...onie paling tak suka saat berpisah dengan kawan..sedih gila T_T

    ReplyDelete
  2. Sememangnya tali yang paling kuat adalah tali persahabatan.

    Nice quote :')

    ReplyDelete
  3. u r lucky que, to have such good friends. moga persahabatan korang kekal camtu lah 4ever :-)

    ReplyDelete
  4. alaaa..teroih tacing aku..eh..aku kawan hg kan..maka layak lah aku perasan post nie utk aku jugak..miahaha

    ReplyDelete
  5. Wah..emotional nampak?Hihi..

    Barangan Lelaki?
    www.kemejakacak.blogspot.com

    ReplyDelete