Wednesday, 16 November 2011

Selamat Hari Lahir Kak Na dan Hami Asraff


Assalamualaikum warohmatullahi Wabarkaatuh. Di entri yang ke 900 ini merupakan entri sangat special dua dua orang insan yang telah menyambut hari kelahirannya pada hari ini 16 November 2011. Syukur Alhamdulillah anda berdua dan kita semua masih lagi diberikan nikmat kesihatan dan nyawa. Semoga dengan nafas yang kita hirup dan hembus itu akan diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa.


Kepada kakak saya yang tersayang, Kak Na (Wan Haslina), Abang Chik mendoakan kesejahteraan Kak Na dan keluarga yang dikasihi. Semoga lebih tabah dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Ingatlah, perancangan Allah itu adalah perancangan yang sebaik-baik perancangan. Jangan pernah menyesal dalam kehidupan, sebaliknya hendaklah kita pandang terus ke hadapan tanpa ragu-ragu.

Abang Chik harap Kak Na akan kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Dimurahkan rezeki dan diberikan perjalanan hidup yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari Nya. Selamat menjalani amanah sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu yang solehah. Harap maaf, tiada hadiah untuk tahun ini. *padahal memang tak pernah bagi hadiah pon*. Nanti dah kerja InsyaAllah dapat.


Kepada kawan saya di blog, twitter, dan facebook iaitu Bro Hami Asraff, selamat menyambut ulangtahun hari kelahiran yang ke 26. Semoga anda berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Teruskan berkarya dalam menghasilkan entri-entri yang tulus ikhlas dari hati. Semoga tabah dan bersemangat dalam menjalani hari-hari yang berliku. Aku berharap agar hari-hari anda akan dirahmati oleh Nya. Hang memang bagus. Aku respect kat hang!!! Semoga Allah ketemukan jodoh yang solehah untuk hang. Insya Allah suatu hari nanti harap kita dapat ketemu ya.. :)

Dengarkanlah video ini :)


Versi Korean diambil dari Drama Dream High.


Untuk lagu penuh dalam versi Korea

4 comments:

  1. hepy besday kpd mereka...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/kisah-blog-mfo.html

    ReplyDelete
  2. huhu! kiut Upin Ipinn!!!!! hehe.

    Sanah Helwah! kepada mereka! :D

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot. Terharu tahap gaban dah ni.

    ReplyDelete
  4. happy birthday november babies :D

    ReplyDelete