Thursday, 24 November 2011

Permohonan Masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka 2012.


Bangga! Tersenyum lebar! Rindu! Ekspresi aku bila dapat tahu Imtiaz akan dibuka di Melaka. Aku generasi ke empat Imtiaz Besut. Imtiaz dulu dah tak sama macam sekarang. Makin canggih dan mantap. Tapi konsep masih kekal malah sekarang makin upgrade. Of course lah kan! Sekolah kat Imtiaz memang satu kenangan yang terindah. Sekarang dah ada 6 buah Imtiaz. Di Besut, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Berang, Kemaman dan yang terbaru di Melaka.

Apa yang aku paling rindu kat Imtiaz?? Banyak!! Tapi yang paling-paling rindu adalah cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah kat Imtiaz. Kalian memang amazing, fantastik dan superb. Aku sangat close dengan guru-guru sehinggakan bila masuk matrikulasi aku rasa macam lost bila hubungan cikgu dengan pelajar tu dah rasa macam lain.

Dulu dengan cikgu-cikgulah tempat aku bersembang. Aku dikategorikan student yang suka melepak dalam bilik guru. Hahaha.. Dulu aku rapat dengan Cikgu Add Maths, Kimia, Biologi dan Pendidikan al-Quran dan Assunah. 

Masa awal-awal penubuhan Imtiaz, ia terbuka untuk pelajar lelaki sahaja. Tapi masa aku tingkatan tiga, pelajar perempuan untuk tingkatan satu mula masuk untuk batch pertama. Disebabkan pemalu dan segan, dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima aku tak pernah pun bersembang dengan pelajar perempuan kecuali jika hal penting je. HAL YANG BETUL-BETUL PENTING MACAM NAK KUTIP DUIT. Hahaha..

Rindu untuk dengar suara warden kejut subuh, rindu nak baca al-Quran dengan kawan-kawan kat tepi koridor. Rindu nak memanah, rindu nak berenang, rindu nak ziarah kubur, rindu nak lepak kat kubah marron. Rindu nak pergi pasar malam tetiap hari Ahad. Rindu nak bersembang dengan Ustaz dan dengar cerita-cerita dari beliau. Rindu untuk sangat busy bila ada karnival peringkat negeri di Imtiaz. Semua aku rindu... :) 

Oleh itu kepada ibu bapa yang berada di luar sana terutamanya di Pantai Barat, jika ada anak-anak lelaki yang bakal masuk ke tingkatan satu, berkeputusan 5A, bawalah anak-anak anda ke sekolah Imtiaz Melaka ni. Memang pilihan yang tepat. 

Permohonan masuk ke tingkatan satu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka Bagi sesi 2012 dibuka sekarang! Layari laman web www.imtiazmelaka.com.my untuk maklumat lanjut. Untuk ke laman web Imtiaz di Terengganu sila klik http://www.myimtiaz.com.my



KURIKULUM

  • KBSM & Program Quran digabungkan secara sepadu & serentak.

KOKURIKULUM

  • Avionik
  • Solar
  • Robotik
  • Memanah
  • Berkuda
  • Renang
  • Silat
  • Taekwondo
* Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan & berpengalaman.

PEMBELAJARAN SUPER LEARNING

  • Program Khas Tingkatan 1 Semester 1
  • Latih Tubi
  • 'Compacting Syllabus'

PEMBANGUNAN PERSONALITI

  • Motivasi Diri
  • Kerohanian
  • Kepimpinan
  • Solat Berjemaah
  • Khutbah Jumaat

PROGRAM KOMUNITI

  • Solat Jenazah
  • Ziarah Kubur
  • Gotong-royong
  • Lawatan Rumah Kebajikan

MAKANAN TAMBAHAN

  • Madu
  • Kurma
  • Susu


3 comments:

  1. sepanjang duk kat jerteh nih, satu2nya skolah yg amat kagum dilihat kat besut nih adalah sekolah imtiaz..budk2 dy sumer npk cool abes, smart jgn cakaplah, 1 more, kacak2 sungguh mereka. kalau gi pasar malam ari ahad tu tak sah kalau tak nampak depa, musti nampak..dgn t-shirt imtiaz depa tuh, wahhh, npk cam budak2 pintar ja...terbaekklahh..

    cam tak cayo yg en wamo pon asl dari imtiaz..terbaekk lah..

    ReplyDelete
  2. salam~
    my experience, anak2 tahfiz mmg muka bersih2
    mcm ada 'nur' terpancar dr muka dorg
    sejuk mata & hati tgk anak2 tahfiz
    masa dtg ke sekolah anak, kalu terserempak dgn para pelajar, ucapan salam tu dah wajib
    dorg pun berebut2 salam dgn kita sementara tunggu anak
    rindu betul nak ke sekolah tahfiz.. anak skrg dah ke SBP dah...

    ReplyDelete
  3. Anak saya alhamdulillah dpt tawaran ke imtiaz melaka 2013. Gembira rasa bila baca ttg kehebatan imtiaz. Berdoa kpd Allah agar anakky Akif jadi anak soleh pintar....

    ReplyDelete