Sunday, 13 November 2011

Perempuan Bengang Lalu Menarik Rambut Lelaki.


Gambar muqaddimah yang  tiada kaitan. sebenarnya tak reti pun main gitar. keh keh keh...


Dulu masa aku sekolah rendah, aku bukannya budak yang pandai. Tapi sekarang pun tak de lah pandai sangat jugak. Dulu aku seorang yang lembap. *Sekarang dah upgrade sket*. Tiap-tiap pagi nak pergi sekolah mesti mimpi dah mandi. Bila bangun terus kecewa sebab rupanya belum mandi lagi. Duk di kampung mandi paip dari air telaga. Sejuk sampai ke saraf tunjang.

Mengikut penceritaan dari bonda, beliau hanya memakaikan aku pakaian sekolah masa hari pertama aku sekolah sahaja. Hari-hari lain aku pakai sendiri. Kecik-kecik dah pandai berdikarikan. Pergi sekolah naik basikal. Sorang-sorang pulak tu. Aku tak sarapan kat rumah sebab kat sekolah dah dapat rancangan makanan tambahan.

Di sekolah aku yang kecik itu, bermula dari pra sekolah sehingga darjah enam, kami hanya ada satu kelas sahaja. So, muka yang sama je lah kami mengadap tetiap hari. Masa prasekolah aku pernah terkencing dalam seluar sebanyak dua kali kot. Terberak belum pernah. Hehehe.

Aku dulu sangat innocent dan clumsy weh. Aku minat melukis dan mewarna. So, aku mempunyai pensil warna yang berbilang kaler. Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan yang bernama Nurul ni mencari pensil warnanya. Aku buat bodoh jelah sebab aku mana tahu dia campak kat mana pensil warna dia. Tiba-tiba pulak dia menggeledah beg aku dah cakap pensil warna aku tu adalah pensil warna dia. Kejadahnya… oh, time tu aku tak cakap la macam ni. Aku diam je. Diam seribu bahasa.

Aku tak mau bagi. Dia tarik. So kami berebut. Lepas tu dengan semangatnya dia menarik-narik rambut aku sampai aku rasa ape kena dengan budak ni. Aku pulak biar je dia tarik rambut aku sampai kusut gila. Memang time tu aku tak lawan pape pun. Blur tambah tak pernah jumpa budak perempuan yang bengis macam tu.

Ending dia aku tak ingat macamana. Sekian. T___T”

6 comments:

  1. haha! pernah juga. tapi saya yang dahsyat. semua orang kalau bergaduh ngan saya, sya garu diorang punya belakang leher, sampai luka. wooooo~~

    macam monster.

    ReplyDelete
  2. haha!

    so sekarang perempuan itu kat mana?
    jangan cakap dia girlfriend kau?
    macam citer2 tv yg klise... huhuhuhu XD

    ReplyDelete
  3. masa darjah satu, aku nangis.. ade sorang dak pempuan patahkan pembaris mak aku belikan... hahahha.. PEMPUAN MMG BENGIS TIME SEKOLAH

    ReplyDelete
  4. innocentnya hang...

    nama pon bebudak...

    keh3...

    ReplyDelete
  5. hahahahaahah
    innocent gile smpi mcm tu..
    :D

    ReplyDelete
  6. adakah motif post ini utk SELUAQQ iteww..miahaha....mujuq aku x tadika ngn hg..haha...kalo x hg akan jadik mangsa buli...hahaha

    ReplyDelete