Thursday, 3 November 2011

Membebel ke Lautan Pasific


Masa aku update entri ni aku sedang makan oreo dan rambutan. Aku sebenarnya tak suka makan rambutan. Tapi sebab orang dah bagi. Dia cakap kalau aku tak nak makan rambutan ni, bagi je kat orang lain. Aku ni pulak jenis malas nak gi menjelajah kat bilik orang. So aku makan je lah. 10 biji semuanya. Baru makan 3 bijik. Sakit kuku plak masa nak kopek kulit rambutan tu. Bila gigit ngan gigi masuk kulit kat celah gigi plak. Bila makan rambutan, isi plak masuk celah gigi. Satu hal plak nak tarik isi rambutan kat gigi. Hadoihhh... Hoi...Dasar pemalas!!!! Banyak alasan plak!!! -__-"

Sunyi plak blok nih. Biasanya ada suara pontianak lelaki tua kat floor aku. Adakah aku sorang je kat blok nih???

Mungkin jugak...

Semua orang busy dengan assignment, assignment, asignment. 
Aku??? *terdiam sejenak* Kenapa aku tak dak assignment ni??? Eh, adalah asignment ODE belom buat. Minggu 12 nanti kena submit hoii. Aku OK

Semua orang balik beraya Aidiladha di kampung halaman. 
Aku??? *menghela nafas* Beraya di bandaraya metropolitan ini buat kedua kalinya. Kali ni raya dengan my sis. Tahun lepas raya ngan member. Aku OK

Semua orang pakat nak ponteng kelas besok.
Aku??? *berfikir panjang* Wajib pergi sebab nak download game baru kat Android Market. Dalam kelas tu wifi boleh tahan lah. Aku OK

Semua orang dah lunch makan ayam goreng, ikan bakar! yummy!
Aku??? *mengusap perut* Makan biskut oreo cicah air kosong yang refill. Alhamdulillah. Aku OK

Semua orang ada payung pergi kelas.
Aku??? *merenung tajam ke arah tingkap* Pinjam payung member sebab fobia nak beli payung. Asyik hilang je. *Asyik???, padahal beli baru sekali ja!!* Aku OK

Semua orang duk gila tengok MasterChef dan Maharaja Lawak Mega.
Aku??? *tersenyum sinis* Aku plak 10 kali gila tengok Korean's variety show "Family Outing". Walaupun terlambat tengok tapi aku sangat hepi bila tengok benda alah ni. Aku OK

Semua orang sambut birthday dengan girangnya.
Aku??? *tengok kalendar* 27 November 2011. Sorang dua wish pun dah ok. Asalkan dapat banyak hadiah yang best-best hahaha..... Aku OK


*aku nak hapdet benda lain. Ke laut jadinya. Memang biasa macam ni*

3 comments:

  1. ngong ngong ngong!! lama lagi bufday, mine telah....maksudnye saya lagi tua??? hek3!

    ReplyDelete
  2. wahhh, tgk family outing tuhhh..best kan, da masuk musim kedua dah..ada yoona, ada taecyon..syiokk, lawak giler plak tuh..

    wan ada tgk heroes ngn running man tak? lagi klakor..blom star king lagi...huhuhu..terbaekkk lah..

    ReplyDelete
  3. fuyooo layan fmly outing..best !
    :P

    ReplyDelete