Sunday, 13 November 2011

Jangan kau herdik orang yang bermimpi

Tak mustahil mimpi dan angan-angan seseorang itu boleh jadi realiti. Memang boleh. Selagi dia tidak berputus asa untuk mencapai mimpi itu, dia memang boleh capai apa yang dia mahukan. InsyaAllah. Kita sebagai orang-orang yang terdekat jangan sesekali mematahkan semangat dia. Sebaliknya bagi dia support.


Jangan kita anggap orang yang gagal dalam exam akan gagal dalam kehidupan. 
Jangan kita anggap orang yang gemuk akan sentiasa ada di belakang. 
Jangan kita anggap orang yang hodoh akan sentiasa dihina dan dicaci semua orang. 
Jangan kita anggap orang yang miskin akan sentiasa mengemis meminta belas kasihan. 
Jangan kita anggap orang yang buta akan sesat dalam perjalanan. 
Jangan kita anggap orang yang cacat akan sentiasa ketinggalan.

Perjalanan hidup ini telah diaturkan sebaik-baik oleh Nya. Kita yang telah berada di tahap yang selesa jangan sesekali memandang rendah kepada golongan yang tidak berupaya. Sebaliknya kita seharusnya membantu mereka mencapai untuk kejayaan bersama-sama. Bukankah nilai itu lebih mulia dari ketawa melihat kegagalan orang lain?

Kepada yang bermimpi, teruskan bermimpi dan mencapai mimpi yang kita impikan itu. Realitikan apa yang kita impikan. Capailah impian itu kerana dengan impian itulah kita akan mengecapi kebahagiaan. Setelah mengecapi kebahagian, jangan pula kita lupa untuk bersyukur kerana semua anugerah dan nikmat yang kita perolehi adalah kurniaan dari Nya. Semoga hidup kita lebih bermakna dan diberkati sentiasa. Semoga mimpi-mimpi kita menjadi kenyataan. 

Pesanan ikhlas dari wamozuwaha a.k.a Wan Zulqhairi.

Hayatilah lagu yang best ini. Ada tiga versi aku letak. Yang pertama dari penyanyi asal. Yang kedua dari pelakon-pelakon drama Dream High. Pelakon-pelakon tu semuanya penyanyi. Dan versi yang ketiga adalah dari Hyorin (Sistar) semasa dalam pertandingan Immortal Songs 2.

p/s: Play video yang pertama. Baca subtitle. Lepas habis play. Play sekali lagi dan baca sekali lagi entri ini bermula dari atas. :)



  

A Goose's Dream

I had a dream. Even if I was dumped and torn up.
A dream that I kept in the deep part of my hear like a treasure.
Someone sneered behind me for no reason, sometimes
I had to bear with it. I could for the day.

Always you say it like you care.
Vain dream is a poison.
This world is irreparable reality like the book that has ending.

Yes, I do have a dream. I believe it. Just watch it.
I can face the cold wall of fate with no fear.

One day, I can jump over the wall and fly high.
Even this heavy world cannot tie me up.
Let's be together at the end of my day when I will smile.

Always you say it like you care.
Vain dream is a poison.
This world is irreparable reality like the book that has ending.

Yes, I do have a dream. I believe it. Just watch it.
I can face the cold wall of fate with no fear.

One day, I can jump over the wall and fly high.
Even this heavy world cannot tie me up.
Let's be together at the end of my day when I will smile.

5 comments:

  1. internet slow gle xleh load langsung! T_T

    ReplyDelete
  2. betul2..semua org ada keistimewaan masing2.jangan perkecilkan org

    ReplyDelete
  3. bukankah semua orang diberi peluang untuk mengubah nasibnya..??

    tak slah bermimpi
    dan teruskan menjadi realiti..

    ReplyDelete
  4. trima kasih bg pesanan mcam ne. memang sangat berguna pada saya yg suka angan2 kosong.

    ReplyDelete