Saturday, 19 November 2011

Dear Girls, Please Don't Cry!


Assalamualaikum w.b. t.

Nak bercinta.

Kau ingat senang ke nak terima cinta. Dulu time single, sibuk nak cari makwe. Bila dah ada orang yang berkenan confius pulak nak terima ke tak. Kalau nak cakap nak. Kalau tak nak cakap tak nak. Kesian kat perempuan tu duk menunggu keputusan. Jangan bagi harapan kat perempuan kalau diri sendiri tak boleh nak terima baik buruk perempuan tu. Ya atau tidak. Mudah je. Tapi kadang-kadang ada yang bagi jawapan ya, tapi perlakuannya tidak menggambarkan jawapan itu.  Mana tak nya, ya hanya di mulut, tapi hati tak rela.

Bagi saya masa.

Berapa lama? 1 hari, 1 bulan, 1 tahun? Apa yang di analisa dan selidik selama 1 tahun tu? Jangan gantung perempuan selama tempoh itu tanpa jawapan yang pasti. Seeloknya berbincang dari hati ke hati. Kalau masih tak bersedia, lepaskan je. Kalau rimas menerima SMS perempuan tu, berikan kata putus yang sewajar dengan hati dan perasaan anda.

Tolonglah faham situasi saya.

Situasi apa? Kalau nak kata kau tu bekerjaya, orang lain pun ada kerjaya jugak. Tapi tak adalah sampai nak hambur kata-kata yang boleh mengguriskan perempuan. Please jangan campur adukkan masalah kerja dalam perhubungan. Kalau kau cakap gaji kau tu tak banyak, setakat ni perempuan tu tak mintak pun duit dari kau. Kenapa kau tak boleh sayang perempuan tu macam perempuan tu sayang kat kau? Kalau kau tak boleh buat, ko lepaskan dia. Jangan mainkan hati dia. Jangan main tarik tali. Bila kau hepi memang benda-benda yang manis je keluar dari mulut kau. Tapi bila kau ada problem, marah, tension, stress, kau lepaskan semua amarah kau kat perempuan tu. So, apa value perempuan tu kat kau? Tunggul?

Orang semua cakap.

Jangan dengar cakap orang luar. Kau takkan dapat puaskan hati semua orang. Bila kau dah sayang kat perempuan tu kau sepatutnya dah bersedia mental dan fizikal. Jangan pulak bila orang cakap sikit kau dah nak melenting. Kalau kau nak melenting kat orang yang cakap tu tak apa. Tapi kau pulak melenting kat perempuan. Kalau kau dapat perempuan yang bekerjaya lebih baik dari kau, bersyukurlah. Itu bukan bala. Itu adalah anugerah. At least dia boleh ringankan beban kau bila dah kahwin nanti. Kau yang nak kawin dengan perempuan tu, bukan orang lain. So, buat apa kau nak dengar cakap orang lain. Dah memang zaman sekarang perempuan banyak yang bekerjaya. Kalau kau nak cari tukang sapu/cleaner, mak cik indon kat kolej aku banyak.

Dari penulis.

Amboi aku mengomen kemain lagi macam Dr. Love. Walaupun aku bukan yang terbaik, tapi aku harap cintaku dapat melengkapi hidupnya. Apa guna jadi suami kalau isteri sedang bersedih, si suami menambahkan lagi kesedihannya. Suami perlulah berikan kebahagiaan dan kegembiraan buat isteri. 

Buat pembaca.

Kepada perempuan-perempuan yang ditinggalkan dan diputuskan cintanya, usahlah bersedih lama-lama. Andai itu takdirnya, terimalah. Walaupun dia lelaki yang baik, tapi dia bukannya yang terbaik untuk anda. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan.

p/s: “Don't cry because he left. Smile because he gave you an opportunity to find someone better.”



6 comments:

  1. Blog aku tak tersenarai dalam Que Corner ke? ok faham..... -_-! huhu

    ReplyDelete
  2. nice entry! Itulah yang banyak berlaku sekarang...gr-,- terlalu banyak hal sedih makanya ramai anak dara takut untuk berkawan dan akhirnya jadi ANDARTU kerana mereka yakin mereka boleh dapat duit lebih banyak dengan kerjaya mereka dan hidup tiada dalam amarah lelaki yang tak boleh menghargai, kan?

    ReplyDelete
  3. hurm...me susah nak caye kat laki.. as long as dia tak hantar rombongan meminang, mmg takde la me nak bgtaw org lain yg 'he is my bf'...

    bertabahlah

    ReplyDelete
  4. suke entry ni..
    kalau x de jodoh redha je..
    kalau ade jodoh insyaAllah dielah yang Allah kurniakan utk kite

    ReplyDelete
  5. tak masuk port bende2 macam nie buat masa skg, single but not available.. hahaha

    ReplyDelete