Friday, 7 October 2011

"Tak payah main Twitter la kalau sensitif sangat bro"


Assalamualaikum. Hye pembaca tegar blog ini dan juga pemblog walking blog wamozuwaha yang sekadar blog di pinggiran ini. Dah lama tak wat entri membebel. *Asyik hapdet je bagitau lama tak update, bosanlahhh*

Hari ni aku nak kongsi dan nasihat kat korang semua tentang satu isu negatif dan boleh dikatakan perangai yang kurang baik dalam diri kita jugaklah. Mungkin kita semua pernah lalui jugak benda ni. Mungkin ada yang laluinya dengan tenang dan mungkin juga ada yang melaluinya dengan duka lara sampai nak meroyan.

Sebelum aku membebel dengan panjang lebar, korang baca dulu ayat yang aku retweet dari twitter Yuna. Aku just nak highlightkan kat sini yang ayat "Tak payah main Twitter la kalau sensitif sangat bro" Aku setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! 


Kepada semua rakyat Malaysia mahupun luar negara terutamanya pengguna Twitter dan juga diri saya sendiri, tolonglah jangan terover sensitif. Boring seyyy kalau tiap-tiap status orang yang korang follow sampai twitter artis pun korang nak sensitif. Kebal sikit la bro. Kalau terkena kat batang hidung sendiri terima jelah seadanya. Kalau betul terima, kalau salah tolak tepi, jangan lah segala benda yang orang update, korang nak cari point untuk samakan dengan life korang. Lawak la bro..

Nak terasa tu aku tak kesah sangat. Tapi yang aku tak suka, bila dah terasa mulalah bersangka buruk kat orang tu. Padahal orang tu tak tahu apa-apa pasal kehidupan kau dan dia nak tujukan kepada orang lain. So, apa hal plak nak serang-serang ni. Get a life man. Take it or leave it. Habis cerita. Tak payahlah nak feeling-feeling lebih.

Selagi orang tak mention nama kau tak payah la terasa. Lain lah kalau orang mention nama kau. Dah memang terang lagi bersuluh la tweet tu dia tuju kat kau. Barulah boleh melenting gaduh ke ikut suka kau lah. Tapi masalahnya dia tak mention nama pun kau, tapi disebabkan jiwa kau tu terlalu sensitif sangat sampai segala bagai tweet kau nak kaitkan dengan kesah hidup kau yang tragis tu. Pastu mulalah cakap semua orang tak puas hati dengan kehidupan kau tu.

Aku memang pantang kalau orang bersangka buruk dengan aku. Pastu serang dengan tiba-tiba ayat pedas kemain lagi. Bikin gua panas jugak la. Rasa macam nak tumbuk je muka ko weh. Cabai mulut tu baru tahu. Naseb baek aku ni penyabar. Tak mahu cari gaduh. Orang bagi ayat pedas aku reply ayat-ayat penenang. Tu jelah yang aku terdaya buat. Tak larat nak layan lebih-lebih dengan orang macam ni. Deactive je account twitter kau tu kalau nak terasa lebih-lebih. Tak pun kau buat twitter tak payah gatal-gatal nak follow sesape. Paham??!!

p/s:: entri ini mungkin akan jadi serius juka dibaca dalam keadaan hot. Ace try baca dengan gedik-gedik sket. hehehe.. Ini entri umum sejurus selepas saya tertarik dengan tweet Yuna. Itu je. Tak ada kaitan dengan sesape yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Jangan plak nak serang aku lepas ni.

Que: Sensitif kat isu semasa itu penting. Jangan sensitif jiwa dengan benda-benda yang bolehkan jiwa kau jadi duka lara.

7 comments:

  1. twitter ceq entah apa passwordnya. HAHA

    ReplyDelete
  2. as for me,masing-masing dah besar.boleh pikir mana baik buruk.so sama2lah bercakap secara matang.tak pyh nk sensitif tak tentu pasal kalau kita tak pnh buat bnda yg org tu ckp..hehehe

    ReplyDelete
  3. kena tengok gak apa yang dia post tu. Kalau memang bab kutuk mengutuk tu, memang aku sensitif 100%. Apahal hak orang tu nak kutuk2 tanpa sebab. Ish.

    kalau bab lain tu, rasanya tak kisah sangat cuma jangan isu sensitif udah la seperti bab agama. Itu memang tahap sensitif semua orang.

    ReplyDelete
  4. ntah la.. tak de twitter..
    sebenarnya kes-kes cam ni senang jer penyelesaiannya

    jaga percakapan.. cakap perkara yang baik2.. kadang2 tak semua perkara kita boleh canangkan sesuka hati..

    bijak dan berhemah..

    ReplyDelete
  5. ape twiter awk?follow saya cik adda:P

    ReplyDelete