Tuesday, 18 October 2011

(Sensasi) Blog WAMOZUWAHA mendapat balasan setimpal.



Baru je sekejap tadi aku mendapat gurauan dari pihak blogger. Nah nota gurauan beliau Sorry, the blog at http://wamozuwaha.blogspot.com/  has been removed. This address is not available for new blogs” dan saya rasa sangat terhibur pada ketika itu sambil melompat-lompat keriangan di dalam bilik di atas katil. What?? Removed?? Nak bergurau pun jangan la camtu wei. Mujur takdak heart attack.


Tapi kan aku rasa aku dapat balasan kot sebab mendajal ruangan komen kat blog orang lain. Hahaha… Bukan banyak blog pun aku wat camni. Satu ja. Ni ha blog brader kembar http://naughtytwin.blogspot.com/Sorry na Izudin ngan Izwan. Hahaha… Mustajab doa hang pa.... (T__T")

Alkisahnya macam ni. Pada suatu hari iaitu pada hari ini, aku telah berjalan-jalan di blog sendiri. Sambil menyanyi-nyanyi ke-kpop-an. Time tu tengah now playing lagu ni Midnight Circus - Sunny Hill. Bahu terhenjut-henjut, mulut membebel-bebel dan hanya reti humming.  (-__-“) . Woi cerita cepat sket boleh tak. Aku nak gi blog walking kat blog lain plak nih!!

OK, lepas tu aku tengok dekat bloglist blog aku ni. Memang bloglist itulah yang aku akan automatic bukak bila depa hapdet. Sejurus selepas itu aku ternampak brader tolo tu menghapdet blog. Terus la klik dengan ghairahnya. *demmm* haha. Bukak je baca dengan penuh teliti. Macam biasa la, intro entri depa gempak gila kot. Baca intro memang insaf dan sentap hati Nek Nak. *terus mencapai tasbih yang berada di depan mata*

Kemudian aku pun terus la teruja nak mengomen kat entri bernas beliau tu yang bertajuk Erkk #1. Bukan satu komen tau, 5 komen aku bagi. LIMA - FIVE - KHOMSAH - WO (KOREAN) Hambek kau. Aku ja kat dunia ni buat benda sengal macam tu. (-__-“)



Kat entri PhotoThought #1 aku komen tiga. Hahahahaha..

 

Lepas aku komen tiba-tiba semua komen aku hilang. Adakah mereka memblock aku?? OH NOOO.. Ampun… Bila nak bukak blog sendiri pun dia bagitau blog aku dah kena delete. So, aku logout kejap. Tarik nafas.. hembus.. minum air watercooler yang aku ambik malam tadi sat. Ambik tisu, buang hingus. Check henfon kot-kot ada sms. *oh memang ada* kemudian sign in kat blogger.com balik. Lepas tu google suruh masukkan nombor fon untuk meningkatkan keselamatan blog. Dengan kerakusan yang aku ada, aku pon bagi ja no fon aku macam aku bagi no fon kat awek.

So bila dah bagi, tunggu dia verify no fon aku, Alhamdulillah, blog aku kembali pulih seperti sedia kala. So, bolehlah anda kembali membaca. Hehehe. OKBai.

3 comments:

  1. eh.. aku belum doa lagi dah kena? hahaha. takde pape la weh.. blogger ingat komen ko tu spam. HAHA !

    ReplyDelete
  2. ouh kalau komen banyak2 mcm tu pun kena jugak eh? tak taw pulakk -.- huhu

    ReplyDelete