Saturday, 8 October 2011

Penjelasan Heliza terhadap isu komennya tentang hukum hudud


Bila baca keratan akhbar yang pasal artis komen tentang hukum hudud tu memang rasa terkejut. Rasa macam tiang agama mereka dah runtuh. Tapi aku lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak mudah untuk melatah di dalam blog. Ye lah, kadang-kadang penulisan yang dikarang itu bukannya boleh dipercayai sangat. Dari 100% yang artis itu komen, 20% pun sukar untuk aku nak percaya bila baca dekat penulisan akhbar. Lainlah kalau terang-terangan macam dalam rancangan melodi.

Bila tengok Cik Heliza pulak yang memberi kenyataan sedemikian rupa, sekali lagi terkejut. Eh, ye ke Heliza cakap macam ni? Masih lagi meragui. Tapi bila baca dekat blog-blog yang dah update tentang Heliza komen pasal hudud ni agak pedas jugaklah komen dari mereka. Baguslah, ada juga yang prihatin terhadap isu-isu ini. Kalau blogger-blogger ni tak ada, mungkin ramai yang tak perasan tentang kenyataan akhbar itu.

Hari ni, Heliza sekali lagi menghiasi ruangan akhbar untuk memperbetulkan dan menjelaskan apa yang sebenarnya telah belaku. Kesian jugak tengok nasib si Heliza ni. Lain yang dia cakap, lain pulak yang keluar kat akhbar. Yang aku pelik, kenapa penulis itu terlalu berani membuat statement sendiri tapi menggunakan identiti artis. Pasal isu hukum hakam agama pulak tu.

Selain Heliza, sebelum ni, Dato' Siti dengan Rita Rudaini pun pernah mengalami perkara yang sama. Masa interview lain, yang keluar akhbar pulak lain. =___=" . Jom ikuti keratan akhbar yang aku copy paste dari sini.


Penyanyi dan penceramah Heliza Helmi tampil dengan harapan dapat menjernihkan keadaan. Hadir bersama pengurusnya, graduan dalam bidang pendidikan ini mengakui emosinya agak terganggu setelah diberitahu mengenai tohmahan yang dilemparkan kepadanya.  
Berharap dengan penjelasannya, masyarakat dapat memahami situasi sebenar. 
“Saya mengetahui perkara ini menjadi perdebatan setelah dimaklumkan pengurus saya, Kak Zeq, yang membacanya di laman sosial, Facebook. 
“Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja. 
"Apabila ramai yang bertanya mengenai perkara ini kepada saya, tidak mungkin saya dapat jelaskan kepada setiap individu yang bertanya. Kerana itu, saya tampil hari ini (semalam) agar mereka tahu keadaan sebenar dan berharap ia akan dihentikan serta-merta," katanya kepada Zass. 
Lebih memilukan, ada pihak melemparkan tuduhan kepada anak kelahiran Terengganu ini apabila dikatakan sanggup mempertikaikan hukum Tuhan. Bagi empunya diri, bukan sahaja terkejut, malah menangis apabila mengenangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya. 
“Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?” katanya yang kini aktif memberi ceramah motivasi kepada remaja. 
Menurutnya, ketika diminta memberi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi ini enggan memberi komen kerana takut tersalah cakap.  
"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini.  
“Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan,” katanya. 
Biarpun dikecam, gadis manis ini tetap positif dan menganggap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. 
“Saya tidak pernah berharap perkara ini terjadi sebegini, tetapi siapa tahu mungkin selepas ini lebih ramai yang mula sedar mengenai hukum hudud dan mendalaminya. 
“Malah, saya berasa gembira jika ada usaha yang dibuat untuk menjelaskan mengenai hudud dan hukum-hukum lain kepada masyarakat kita, agar sama-sama mengetahui lebih mendalam mengenai hukum agama seperti ini,” katanya.

6 comments:

  1. hurmmm.... sokong heliza! biar ulama' yg buat kenyataan.. mereka lg berilmu..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..xptot laa tny retissss pasal hukum hakam ni..hmmmm..

    ReplyDelete
  3. kesian.. dia cakap lain, akhbar tulis lain, orang faham lain.. adoii.

    lebih baik tanya ulama'. tentang agama bukan boleh cakap dan tulis sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. bila ditanya pada org yg salah, maka akan dapat jawapan yg salah kan.

    ReplyDelete
  5. media sengaja nak perangkap artis dan menunjukkan artis kita sorang2 kurang ilmu..
    artis pula kalau dah tau kurang ilmu, better angkat tangan dari menjawab soalan2 panas macam nih nanti silap2 kene kutuk

    ReplyDelete
  6. chayokk-chayokkk cikgu heliza

    ReplyDelete