Thursday, 13 October 2011

Kedai Makan Kena Cekap. Tak Boleh Lembap!


Jam 12:13pm aku duk mengarang entri blog di library. Sebelum tu study. Subjek apa lagi kalau bukan kira-kira. Bukan kura-kura. Kalau kura-kura mengira itu bersamaan dengan aku. Haha. Sedang kebuluran dan kelaparan. Pagi tadi minum air sejuk watercooler jer. T__T. Sambung buat latihan dan bersembang. Save post as draft dulu.

40 minit kemudian.... 

Nak pergi makan dekat Kafe Fakulti Ekonomi.dan Pengurusan. Jalan kaki dengan Iskandar. Malangnya, makanan hampir habis. Tinggal sisa-sisa kehidupan je. T__T". Hampa. Kemudian pergi ke Kafe Blackcube. Berjalan kaki. Jauh gak. Makan order. Aku order tomyam dan ayam goreng. Dia cakap ayam goreng hanya untuk nasi ayam dan nasi goreng ayam sahaja. -__-" . Apakah???.. "Customer nak makan, bagi je lah. Bukan nak free. Aku bayarlah". (cakap dalam hati dengan poyo!). Tak jadi untuk ayam goreng. Tukar telur dadar.

45 minit kemudian. "manalah makanan kami ni??" Bengang!. Sabar.!. Rasa macam nak cabut macam tu je. 15 minit kemudian dia sampai. "Encik, nak ambil order". Apakah??? Tadi dah ambik. Dia cakap order kami hilang.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.."

Bengang giler. Aku terus sound. "Kalau hilang cakaplah awal-awal!" Bengang dan tersangat bengang. Bayar air terus blah. Tergamam dia dekat meja kami. Lain kali janganlah lembap. Kerja kena cekap. Jangan main-main. Dahlah kipas ada satu je. -___-"

Terus pergi makan kat cafe lain. Order menu yang sama. Kali ni servis ok! Lepas makan terus balik ke kolej. Tunggu bas di fakulti. Panas terik yang amat panas. Hangus kulit aku yang putih ni. (??). Balik bilik baring atas katil sat then terus mandi.

Duta pili bomba. :)


4 comments:

  1. kalau mcm ni.. lebih rela la minum air watercooler yg siang tadi punyer kan?

    ReplyDelete
  2. sayalah iskandar yang dimaksudkan. Haha tetiba -_-"

    ReplyDelete